2 Jan 2013

AKTIVITI DAN PROGRAM 2022

                                             AKTIVITI DAN PROGRAM 2022


PENGEDARAN TONG SAMPAH 120L

Pada 10 September 2022 warga KTSD melakar sejarah apabila pihak Majlis Perbandaran Jasin serta SWM telah membawa tong sampah beroda untuk diagih-agihkan kepada penduduk KTSD. 

Telah sekian lama isu sampah di KTSD berpanjangan ekoran sistem pembuangan sampah secara berpusat menimbulkan pelbagai masalah bau dan pencemaran. Tong sampah besar kerap berpindah randah kerana tuan tanah berhampiran tidak selesa dengan pencemaran ini. Rumah sampah bertutup juga dibina berhampiran padang, namun isu sampah terus berlanjutan.

Datuk Zolkifli selaku pengerusi persatuan pada tahun 2019 serta AJKnya telah membawa perkara ini kepada pihak MPJ yang akhirnya pihak MPJ bersetuju melaksanakan sistem kutipan sampah dari rumah ke rumah mulai 1 Oktober 2022.

Semoga kelestarian KTSD terus terpelihara sepanjang masa.






SUMBANGAN KEBAJIKAN ASNAF DAN ANAK YATIM

Warga KTSD amat bersimpati kepada anak-anak serta Pn Mastura atas pemergian suami tercinta menemua Yang Maha Kuasa. AJK Kebajikan Hj Saleh Ahmad telah berjaya mengumpul sumbangan daripada warga KTSD yang telah disampaikan oleh AJK wanita pada 9 September yang lalu di rumah keluarga bapa beliau.

Bagi pihak AJK mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada warga KTSD yang telah menghulurkan sumbangan. Semoga sumbangan tuan/puan dapat meringankan bebanan Pn Mastura sekeluarga.

Warga KTSD amat bersimpati kepada anak-anak serta Pn Mastura atas pemergian suami tercinta menemua Yang Maha Kuasa. AJK Kebajikan Hj Saleh Ahmad telah berjaya mengumpul sumbangan daripada warga KTSD yang telah disampaikan oleh AJK wanita pada 9 September yang lalu di rumah keluarga bapa beliau.

Bagi pihak AJK mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada warga KTSD yang telah menghulurkan sumbangan. Semoga sumbangan tuan/puan dapat meringankan bebanan Pn Mastura sekeluarga




PROGRAM KIBAR JALUR GEMILANG KTSD 2022

AJK KRT bersama warga KTSD tidak ketinggalan menjayakan program patriotik Kibar Jalur Gemilang pada tahun ini. Pada 21 Ogos yang lepas warga KTSD bergotong royong melaksanakan tugas ini dengan memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang di perkarangan Balai Raya, Surau dan pintu masuk taman. Program yang bermula jam 8.30 pagi berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Semoga semangat kerjasama, dan serta patriotik terus menjadi teras perpaduan kami.








SUMBANGAN KEPADA USTAZ RAFIE BENCANA KEBAKARAN RUMAH

Penyampaian sumbangan oleh AJK diketua Tn Hj Saleh Ahmad Pengerusi Biro Kebajkan KTSD pada 24 Ogos 2022.





PERSEMBAHAN KUMPULAN BERZANJI KTSD

Kumpulan Selawat dan Berzanji KTSD menyampaikan bacaan dalam Majlis Aqeqah bagi cucunda Pn Jamilah Osman pada 20 Ogos 2022.









 MERAPATKAN UKHWAH SERTA MENYANTUNI ANAK YATIM

Sempena sambutan Asyura pada 14 Ogos yang lalu Jiran Wanita melapangkan masa mengunjungi warga KTSD yang telah berpindah ke Muar. Seramai 7 orang wanita KTSD menyertai program ini disamping dapat menyantuni anak jiran tetangga ini sempena bulan Muharam ini dengan menyampaikan sedikit sumbangan. Semoga kunjungan ini akan dapat merapatkan hubungan ukhwah jiran yang dekat mahu yang telah berjauhan. Program ini diketuai Datin Artis Kasim.




PROGRAM BUBUR LAMBUK KTSD

Pada 8 August 2022 Jiran Wanita KTSD seramai 30 orang diketuai Pn Hjh Rosnani telah berjaya mengumpul dana sejumlah rm 800.00. Program yang berakhir di Surau KTSD turut dihadiri Ustaz Noramali. Mudir pondok Rebat Serkam menyampaikan ceramah. Warga KTSD lelak dan wanita menghadiri kuliah pada malam itu.

(Laporan oleh Datin Artis Kasim)





PROGRAM KORBAN    : 10 JULAI

Program Korban tahun ini berjaya meyempurnakan sebanyak 10 ekor lembu dan kebanyakannya secara berkumpulan. Warga KTSD telah bergotong-royong memotong dan membahagikan kepada warga KTSD dan golongan asnaf. Program ini berakhir kira-kira jam 4.00 petang.




























SEMARAK AIDILFITRI    : 29 MEI

Program anjuran Pejabat Perpaduan dan Integrasi Jasin ini berlangsung di Hotel Bayou Lagoon Bukit Katil. 5 orang wakit KRT KTSD telah menyertai program ini.




SAMBUTAN AIDILFITRI KTSD    : 2&27 MEI

Pada 27 Mei 2022 berlangsungnya Program Sambutan Aidilfitri KTSD di Balai Raya KTSD bermula jam 9.00 malam. Program anjuran bersama KRT dan Persatuan Penduduk telah di hadiri kira 300 orang penduduk. Turut hadir ialah wakil Jabatan Perpaduan En Aizat Sutan serta pengerusi-pengerusi KRT berhampiran.

































GOTONG ROYONG WANITA     : 30 APRIL

Wanita KTSD turut menjayakan program Gotong Royong dengan penyertaan seramai 14 orang termasuk 2 kaum bapa. Program ini diketuai Pn Jamilah Andullah.

(Laporan oleh Datin Artis Kasim) 











PROGRAM BUBUR LAMBUK     : 23 APRIL








MAJLIS BERBUKA PUASA     : 14 APRIL











GOTONG ROYONG SURAU DAN TANAH WAKAF    : 1-2 APRIL












SUMBANGAN KEPADA MANGSA COVID 19    : 3 MAC

Pndemik Covid 19 masih belum reda melanda negara dan tidak ketinggalan kepada warga KTSD. Lebih 20 keluarga telah dijangkiti wabak ini. Komuniti KRT dan Persatuan Penduduk mengambil langkah pencegahan dengan pemberian kit kawalan covid 19 kepada penduduk yang terlibat. 



LAWATAN JIRAN WANITA KE NASRUL QURAN     : 3 FEB

AJK Jiran Wanita diketuai Datin Artis telah menanjurkan lawatan ini bagi tujuan penghayatan dan penambahan ilmu. Seramai 30 orang peserta telah menyertai program ini termasuk 4 orang warga lelaki.









Sumbangan Kepada Mangsa Banjir Anak-Anak warga KTSD
Pada penghujung tahun 2021 negara kita telah dilanda banjir besar di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan negerui-negeri pantai timur. Ana-anak warga KTSD yang telah bekerja di perantauan ini turut ada yang terlibat dengan kejadian ini. Sehubungan itu KRT dan Persatuan Penduduk telah mengumpul dana bagi membantu mangsa banjir ini yang seramai 8 orang. Semoga bantuan ini dapat membantu serba sedikit membaiki atau mengganti peralatan yang telah musnak akibat banjir.





AJK KRT KTSD 2022

Mesyuarat Agung Pada 24 Dis 2021

Mesyuarat Agung kali ini dijalankan di Surau KTSD selepas solat Jumaat. Mesyuarat kali ini turut membuat pelantikan AJK baru bagi KRT dan Persatuan Penduduk Turut hadir sebagai pemerhati perjalanan mesyuarat ialah En Aizat Sutan dari Jabatan Perpaduan Jasin. Majlis berakhir kira-kira jam 3.30 petang.







No comments:

Post a Comment