2 Feb 2013

PROGRAM DAN AKTIVITI 2023

LAWATAN SUMATRA BARAT 6-11 JULAI 23



PROGRAM KORBAN 29 JUN 2023

PROGRAM RAYA DAN MARHABAN



MAJLIS BERBUKA PUASA DAN KHATAM QURAN






GOTONG ROYONG MUSLIMAH









TAHLIL PERDANA 21 MAC










BENGKEL PENGISIAN DATA KRT 18 FEB





KULIAH SUBUH 19 FEB 23











PROGRAM GOTONG-ROYONG 11 FEB 23








2 Jan 2013

KUMPULAN MAULID DEBAIE ALBADRU SERKAM

Post ini menampilkan beberapa sedutan video daripada persembahan yang telah dijalankan. Kami mohon maaf andainya persembahan ini kurang memuaskan atau terdapat unsur-unsur negatif yang tidak disengajakan. Kami sekadar membawakan hiburan ringan berunsurkan Islam. Kebanyakan persembahan kami berasaskan selawat ke atas junjungan Rasulullah serta puji-pujian. Untuk menghubungi kumpulan kami boleh membuat panggilan / Whatsapp Sdr Khamijan (Ijan) 012-4669201.


YA HANANA




BUSHROLANA





AN NABI SOLLU  ALAIH



YA BADROTIM

















PROGRAM DAN AKTIVITI 2017

KUNJUNGAN KRT TANJUNG RAMBUTAN

Menceriakan suasana hujung tahun, kami menerima kunjungan hormat  dari KRT Tanjung Rambutan Perak pada 30 Disember 2017. Alhamdulillah kami dapat menyediakan minuman petang memandangkan rombongan seramai 40 orang ini sampai kira-kira iam 4.00 petang.


Kami telah membuat persiapan di Balai Raya KTSD. Rombongan ini diketua Pengerusi KRT Tanjung Rambutan Hj Ahmad Zawawi b. Abd Rahman serta barisan AJKnya. Setelah bacaan doa oleh Hj Mohd Bakar kami mulakan sambutan dengan ucapan kedua-dua pengerusi. Selepas itu kami tayangkan slide video aktiviti KRT KTSD sejak 2015 diikuti dengan sesi perbincangan.

Akhir sekali kami bertukarcenderamata serta menjemput semua tetamu menikmati jamuan minuman petang. Wanita KRT Tanjung Rambutan juga turut mempersembahkan Nyanyian Koir “Suriram”.

Sebelum bersurai kami bergambar di dalam dan luar balai raya. Pengerusi dan Naib Pengerusi KRT KTSD turut menaiki bas sambil memberi seba sedikit penerangan keadaan kampong kami.

Sebelah malam pula kami turut makan malam di Medan Ikan Bakar Serkam.




GOTONG ROYONG ANTI ADES KTSD

Penduduk KTSD sekali lagi menjalankan kerja-kerja amal serta kempen menghapuskan ades dengan menjalankan program gotong-royong. Kira-kira 40 orang penduduk khususnya kaum lelaki, menjalankan kerja-kerja pembersihan tanah wakaf serta membaiki kedudukan pelan perancangan susunan tanah wakaf.



Selain itu ada juga penduduk yang membersihkan kawasan longkang terutama mengemaskini longkang-longkang tersumbat agar tidak  berlaku air bertakung sebagai tempat pembiakan nyamuk ades. Kumpulan Debaie Al Badru Serkam turut serta menjayakan program amal ini.




Program yang bermula jam 8.30 pagi telah berakhir jam 11.00 pagi. Program seperti ini wajar dikekalkan sebagai amalan yang baik disamping merapatkan hubungan kejiranan. 



MAJLIS AQEQAH DAN BERENDOI KTSD





KARNIVAL SEPAKTAKRAW DUN SERKAM TINGKATKAN SEMANGAT

Karnival Sukan Sepaktakraw Dun Serkam anjuran KRT dan BKP KTSD telah berjaya dilaksanakan pada 17 September 2017. Program ini berjalan lancar dalam suasana dan cuaca yang baik sekali.


Sejumlah 16 pasukan telah bersaing sengit bagi merebut hadiah lumayan iaitu rm 500.00 bagi juara, rm 300.00 pemenang kedua, serta rm150.00 bagi tempat ke-3 dan ke-4. Peserta carnival terdiri daripada kalangan warga penduduk Dun Serkam. KTSD telah menghantar 3 pasukan dalam kejohanan ini.


Karnival ini diadakan bagi mempertingkat semangat bersukan dan berpasukan di kalangan penduduk terutama kaum muda terutama bagi permainan sepaktakraw. Kita tidak mahu sukan sepaktakraw kian malap ekoran persaingan dengan sukan-sukan lain yang lebih dapat sambutan.


Program ini telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi Dun Serkam Datuk Zaidi Atan. Pengurus program En Helmi b. Ali Hassan telah berusaha menjayakan program ini dibantu oleh Pengerusi BKP Tn Hj Sahudina, Pengerusi dan Setiausaha KRT Tn Hj Mohamad Ibrahim dan Tn Hj Wahid Rakob, serta semua AJK.


Karnival yang bermula jam 8.30 pagi telah dijalankan di empat buah gelanggang dalam perkampungan KTSD ini. Kira-kira jam 5.00 petang carnival berakhir. Juara pertandingan ialah pasukan KTSD A dibarisi pemain-pemain Helmi b. Ali Hassan, Jamuddin Ali, Zainuddin Abd Rahman dan Rizar. Naib juara pula dari pasukan Kg Berangan C terdiri daripada Ahmad Sabry Samad, Salizan Mohd, Norhafiz Saat dan Mohd Halil Musa.




Semoga sukan sepaktakraw terus kekal sebagai permainan warisan kita.




KORBAN 7 EKOR LEMBU DI KTSD TAHUN INI

Hari Raya Aidiladha, Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Perayaan ini merupakan perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, ke-11, ke-12 dan ke-13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan sama ada pada 10, 11, 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua waktu ini dipanggil Hari Tasyrik.


Aidiladha ialah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.






Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan pada empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijjah.








Tahun ini HariRayaAidilAdha jatuh pada hari Jumaat 1 Sept 2017. Bagaimanapun korban kelompok KTSD kami pilih pada hari Sabtu bersamaan 11 Zulhijjah. Tahun ini korban kelompok berjaya menumbangkan tujuh ekor lembu yang mula dilakukan seawall jam 8.30 pagi. Kehadiran warga KTSD amat membanggakan malahan golongan muda begitu ramai menyumbangkan tenaga bergotong-royong dari menyembelih, melapah sehinggalah mengagigihkan daging korban.









Pihak AJK surau juga tidak ketinggalan menyediakan pelbagai juadah termasuk sup dan asam pedas gear box. Suasana yang amat meriah disamping cuaca yang baik pada hari itu telah melihat program berjalan lancar.



Terima kasih  kepada AJK Surau Ai Taqwa serta seluruh penduduk KTSD yang telah menggemblikg tenaga menjayakan programkorban tahun ini.




SAMBUTAN AMBANG MERDEKA SEHATI SEJIWA KTSD 2017

Sambutan Ambang Merdeka Sehati Sejiwa 2017 telah diadakan di perkarangan Balai Raya KTSD. Semangat patriotik harus tersemat dalam jiwa setiap warganegara agar menjadi generasi cintakan tanah air. Kempen Satu Jalur Gemilang Satu Jiran dianjurkan KRT KTSD  memupuk nilai tinggi semangat cintakan negara.


Pada malam tanggal 30 Ogos 2017 bermula seawal jam 9.00 malam penduduk KTSD dari pelbagai lapisan usia mula berkumpuldi perkarangan balai raya. Kehadiran warga KTSD agak berbeza daripada biasa. Tergambar suasana merdeka di wajah pengunjung yang datang dengan penampilan pakaian dan kostum patriotik.   





Sambutan dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan mengiringi kenaikan bendera negara. Pengacara majlis Tn Hj Saleh Ahmad meneruskan aturcara malam itu dengan pertandingan Pakaian Patriotik. Anak-anak KTSD menggayakan pakaian masing-masing dengan pelbagai gaya dan kreativiti. Suasana malam itu lebih gamat namun semangat patriotik semakin terasa menusuk jiwa.





Aturcara seterusnya ialah pertandingan deklamasi sajak. Persembahan sajak-sajak patriotik terasa menusuk kalbu ketika para peserta melafaskan bait-bait puisi dengan antonasi dan penghayatan yang penuh bersemangat.





Pertandingan berikutnya semakin tegar apabila peserta bersaing bagi mengalunkan lagu patriotik. Para peserta berjaya memukau pengunjung melalui alunan vokal para peserta dalam persembahan masing-masing.



Juri pertandingan diketuai Tn Hj Wahid di samping Tn Hj Jainal dan Tn Hj Sahudina.  Pemenang bagi pakaian patriotik ialah Nuralisya Hana, Nurafika Abd Aziz dan Quratul Ain. Bagi bacaan puisi pula pemenangnya ialah Tn Hj Saleh Ahmad, Nurul Nabila Aziz dan Nurafika Aziz. Bagi lagu patriotik, pemenangnya ialah Tn Hj Johari Md Sood dan Tn Hj Mohamad Ibrahim.

Majlis sampai ke acara kemuncak apabila percikan bunga api dilancarkan ke udara. Maka rasmilah pelancaran sambutan merdeka warga KTSD tahun ini. Sebelum berakhir suasana masih panas melalui persembahan lagu Bahtera Merdeka oleh Tn Hj Wahid serta ucapan tetamu mewakili ADUN Serkam Tn Hj Md Sah.
Majlis diakhiri dengan jamuan merdeka kepada semua pengunjung dan tetamu yang hadir hampir jam 12.00 malam. Para pengunjung perlahan-lahan meninggalkan majlis dengan seribu kenangan.





BAHANG SAMBUTAN KEMUNCAK RAYA KTSD

Sambutan Kemuncak Raya KTSD telah berlangsung pada 23 Julai lepas bertempat di Balai Raya KTSD telah berjaya menghimpunkankira-kira 300 orang warga KTSD.




Sambutan ini merupakan acara penutup dan kemuncak program Aidilfitri KTSD tahun ini. Warga KTSD dari semua lapisan datang berduyun-duyun dengan pakaian aneka warna menyerikan malam sambutan walaupun telah menghampiri pengakhiran Syawal. Seluruh keluarga tua, muda, lelaki dan perempuan dengan pakaian baju Melayu lengkap bersamping dan baju kurung bagi kaum wanita, memenuhi perkarangan balai raya yang telah dihias cantik serta diterangi lampu bagi memeriahkan sambutan.Turut hadir ialah jemputan dari pemimpin KRT berhampiran dan AJK masjid.



Jam telah menunjukkan hamper 9.20 malam. Program dimulakan oleh ucapan alu-aluan pengacara majlis Ustaz Jainal dan bacaan doa oleh Ust Elias Zaidi. Malam sambutan dihangatkan oleh Kumpulan Marhaban KTSD pimpinan Tn Hj Wahid yang disertai oleh kaum lelaki dewasa dan anak-anak.




Pengerusi KRT Tn Hj Mohamad menyampaikan ucapan alu-aluan diikuti penyampaian cenderamata kepada bakal haji dan pelajar cemerlang 2016 oleh Tn Hj Sahudina. Majlis turut memperkenalkan warga baru KTSD ke hadapan pentas membawa keluarga masing-masing.
Setelah merakamkan gambar-gambar kenangan, tibalah masa menjamu selera yang disediakan oleh urusetia secara buffet.Pelbagai juadah disediakan seperti ketupat dan rendang, roti canai, serunding malah ubi rebus dan sambal juga ada.





Kira-kira jam 11.00 malam majlis mula melabuhkan tirai, Warga KTSD beramai-ramai mengemaskan peralatan seperti kerusi meja dan pinggan mangkuk hingga selesai. Hampir jam 11.30 malam kami mula meninggalkan perkarangan balai raya dengan seribu kenangan.  










Demikianlah kemeriahan malam kemuncak ini yang amat dinanti-nantikan oleh seluruh warga KTSD menjelang Syawal. Semoga program seperti ini akan diteruskan oleh generasi yang akan datang.




PROGRAM MARHABAN RUMAH KE RUMAH MERIAH


Kemeriahan menyambut Aidilfitri di KTSD tidak lengkap tanpa program marhaban dari rumah ke rumah. 




Sudah menjadi lumrah bagi penduduk KTSD menjalankan program ini sejak pembukaan taman ini lebih 20 tahun yang lalu. Program ini bermula pada 8 Julai dan berakhir 22 Julai 2017.





Marhaban adalah suatu tradisi umat Islam menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri melalui kunjungan secara rombongan dari rumah ke rumah dengan mengiramakan puji-pujian kebesaran Allah SWT dan baginda Rasulullah SAW di samping membacakan doa serta memohon keberkatan ke atas seisi rumah tersebut.





Namun, jarang sekali kita dapat memahami maksud tersiratnya. Jika dibuka kamus, perkataan marhaban ini diambil daripada perkataan bahasa Arab yang bermaksud ‘selamat datang’.










Budaya marhaban ini sedikit sebanyak mengukuhkan silaturahim sesama penduduk dan menjadi simbol kekuatan ummah serta tanda kesatuan masyarakat.

Jika tidak ada budaya marhaban ini, sukar bagi jiran tetangga berziarah sesama sendiri di­sebabkan kesibukan kerja atau menguruskan hal keluarga masing-masing. Kadangkala mereka hanya sekadar bertegur sapa ketika berselisih di waktu keluar atau pulang dari tempat kerja.








Melalui budaya marhaban ini, kita dapat memperbaiki kesilapan masing-masing dengan memohon kemaafan kepada tuan rumah dan ahli keluarganya.





Agama Islam menyeru umatnya agar sentiasa berusaha untuk memperbaiki dan mempertingkatkan ikatan silaturahim sesama insan, apatah lagi sesama Islam.


Oleh itu, marhaban ini tidak boleh dilupakan dan perlu dijadikan satu budaya yang berkekalan di dalam jiwa anak-anak muda supaya tidak luput dek arus pemodenan




MAJLIS KHATAM AL-QURAN SURAU AT-TAQWA

Pada 22 Jun yang lalu  -Surau At-Taqwa KTSD sekali lagi mengadakan satu majlis Khatam Al Quran sambutan akhir Ramadhan pada tahun  ini.





Majlis yang anjuran Badan Surau ini bermula pada waktu Isyak dengan Solat berjemaah bersama serta berterawih bersama sama. Seterusnya ucapan ringkas Pengerusi Surau diikuti dengan majlis khatam Al Quran dan berakhir dengan penyampaian bungatelur kepada semua jemaah. Cenderamata juga disampaikan kepada peserta peserta Tadarus Al Quran sepanjang Ramadhan ini.


Jamuan moreh turut disediakan sejurus berakhirnya majlis ini. Menurut Pengerusi Surau , beliau berharap akan tampil lebih ramai lagi peserta Tadarus Al Quran di masa akan datang bagi mengimarahkan surau dari masa ke semasa.





PROGRAM JOM RONDA KRT KTSD

Pada 10 Jun 2017 warga KTSD turut menyertai Program Jom Ronda SRS dan KRT anjuran bersama Pejabat Perpaduan Daerah Jasin, Majlis Keselamatan Jalanraya Negeri Melaka (JKJR), Pejabat Polis Daerah Jasin dan Jawatankuasa Pemuafakatan KRT DUN Serkam.



Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada penduduk tentang keperluan semua pihak dalam mencegah jenayah dalam kawasan kejiranan. Di samping itu diharapkan penduduk memahami tentang penguatkuasaan undang-undang dalam melaksanakan peraturan dan perlindungan nyawa serta harta benda. Melalui kerjasama pelbagai jabatan turut mengeratkan serta mewujudkan semangat kerjasama di kalangan warga jabatan dan penduduk amnya.



Program rondaan berkumpulan bermula dari Taman Rimbunan Kasih Serkam Darat jam 11.30 malam. Rombongan ini telah sampai ke KTSD anggaran jam 12.00 tengah malam. Warga KTSD turut menyambut ketibaan ahli rombongan di Balai Pengawal KTSD. Pengerusi KRT KTSD Tn Hj Mohamad Ibrahim  telah membawa semua peronda mengelilingi kawasan kejiranan KTSD pada malam itu Akhir sekali berlangsung majlis penyerahan banner oleh pegawai Polis Polis Jasin kepada Pengerusi KRT KTSD.

Program Jom Ronda ini KRT KTSD telah menghantar enam orang wakil iaiatu Tn Hj Mohamad Ibrahim, Tn Hj Sahudina Ardin, En Ibrahim Dollah, Tn Hj Jainal Md Noh, En Mohamad Mahat  dan En Hisyamuddin Md Yasak.

Tahniah dan syabas.




SURAU AT-TAQWA KTSD BERWAJAH BARU

Menjelang sambutan Ramadan tahun ini seharusnya warga KTSD lebih bersemangat untuk mengunjungi surau. Ini kerana Surau At Taqwa telah berwajah baru atau bercat baru. Kombinasi warna hijau dan krim serta grey menampakkan pandangan surau ini lebih ceria dan harmoni.

Perbelanjaan dianggarkan RM 8000.00 adalah sumbangan warga KTSD melalui kutipan tabung.



Alhamdulillah berkat kerjasama AJK Surau serta keperihatinan warga KTSD pelbagai program dan kebajikan dapat dilaksanakan dengan jayanya.





MAJLIS TAQARRUB RAMADAN

Bermula jam 5.00 petang 7 Jun yang lepas AJK Surau KTSD telah siap sedia menyediakan juadah bubur lambuk kepada semua warga KTSD yang diagih-agihkan secara tapau atau berbungkus. Alhamdulillah Nampak program ini mendapat sambutan menggalakkan warga taman.





Disebelah malam pula, sebaik lepas solat tarawih dijalankan pula program taqarrub Ramadan. Ceramah agama disampaikan kepada ahli jemaah oleh Ustaz Izuddin bin Md Zin dari JASA Melaka.




Kira-kira jam 11.00 malam majlis taqarrub berakhir.





PROGRAM TADARUS KTSD BERJALAN LANCAR


Menjelang Ramadan tahun ini warga KTSD tidak melepaskan peluang menghayati bulan suci ini dengan pengisian tadarus. Warga KTSD dari pelbagai lapisan melaksanakan bacaan tadarus secara berjemaah.  Tadarus ini kami lakukan berbentuk sebuah majlis yang mana para pesertanya membaca Al-Quran bergantian. Seorang membaca dan yang lain menyemak.serta membuat pembetulan sekiranya berlaku kesilapan.


Istilah tadarus berasal dari kata darasa yadrusu, yang artinya mempelajari, meneliti, menelaah,mengkaji dan mengambil pelajaran. Lalu ketambahan huruf ta’ di depannya sehingga menjadi tadarasa  yatadarasu, maka maknanya bertambah menjadi saling belajar, atau mempelajari secara lebih mendalam.



MAJLIS TAHLIL DAN KENDURI KESYUKURAN KTSD




AJK Surau At-Taqwa KTSD terus aktif melaksanakan aktiviti menjelang bulan Ramadan Al-Mubarak yang bakal menjelang tidak berapa hari lagi. Kali ini pada hari Sabtu 20 Mei 2017 jemaah surau datang lebih awal kira-kira jam 6.30 petang.




Majlis Tahlil dan Kesyukuran yang dirancang dapat dilaksanakan seperti yang dijadualkan. Majlis di mulakan dengan bacaan yasin dan tahlil untuk para arwah kaum keluarga yangdiminta oleh para jemaah. Majlis berlangsung dalam suasana harmoni dan syahdu disertai rasa keinsafan dan kesyukuran.




Solat Maghrib berjemaah diimami oleh Ustaz Hj Haris Mahat Imam 2 Masjid Serkam Darat. Selepas solat, Ustas Haris menyampaikan tazkirah menjurus kepada penghayatan bulan Ramadan. Kira-kira 100 orang jemaah hadir kali ini meliputi jemaah lelaki dan wanita.





Semoga program seperti ini dapat memberi impak kesedaran dan keinsafan menjadikan Ramadan sebagai bulan yang ditunggu-tunggu.
              








SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ DI SURAU AL TAQWA KTSD




KTSD seperti tahun-tahun lepas menyambut kehadiran bulan Rejab dengan sambutan Israk Mikraj. Peristiwa ini amat penting untuk diingati dan dihayati oleh semua umat Islam. Sambutan di KTSD diadakan pada 30 April 2017 di Surau Al Taqwa.




Israk mikraj yang disambut 27 rejab setiap tahun hijrah ini adalah hari bermulanya pensyariatan solat lima waktu. Peristiwa dimana Nabi Muhammad s.a.w dengan izin ALLAH, diangkat ke langit bertemu-Nya dalam masa yang singkat. Hanya yang bernar-benar beriman kepada ALLAH dan Rasullullah saw yang benar-benar percaya peristiwa ini pada
waktu itu.



Peristiwa ini member impak yang amat besar menjadikan Islam sebagai Addin.





PERSEMBAHAN BERZANJI MAJLIS AQIQAH


Kumpulan Berzanji KRT KTSD terus menerima undangan dari dalam dan luar kawasan. Pada 16 April 2017 persembahan berlangsung di rumah En Shahidzwan Abd Rahim yang membuat kenduri aqiqah bagi anak beliau. Kami memulakan persembahan dengan mengalunkan qasidah, diikuti bacaan berzanji dan berselawat. Seterusnya bacaan tahlil dan doa selamat.



Pada 23 April pula persembahan kami di rumah En Jaafar Rashid. En Jaafar telah meraikan majlis aqiqah bagi cucu beliau.




Persembahan berzanji juga kami jalankan di luar kawasan seperti di Kampung Tedong pada 20 Mei 2017.




Kumpulan Berzanji dan Berselawat ini walaupun kecil namun banyak menyumbang dan memeriahkan majlis kenduri kendara penduduk di taman ini.



NAZAM SAUTU SERKAM BERKUMANDANG DI DEWAN SERI NEGERI



Kumpulan Nazam Sautu Serkam dari KTSD sekali lagi diberi peluang memeriahkan Majlis Tilawah dan Hafazan peringkat kebangsaan kali ini. Kumpulan Sautu Serkam mengalunkan dua lagu iaituNazam Kreatif dan Nazam Arab dalam persembahan pada 2 April di Dewan Seri Negeri Ayer Keroh Melaka.




Kumpulan ini diketuai Ustaz  Hj Haris Mahat juga selaku suara utama kumpulan ini disamping Hj Awaluddin Mohd Nazir dan Ustaz Azraie Abd Haq. Ahli kumpulan seramai 15 orang terdiri daripada penduduk KTSD.


Kumpulan Nazam SautuSerkam telah ditubuhkan pada tahun 2006 atas keinginan menghidupkan kembali budaya nazam yang berakar umbi dari bumi Melaka.





 PROGRAM SIHAT CERIA KTSD 12 FEBRUARI









GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN TANAH WAKAF 11 FEBRUARI








PROGRAM ZIARAH KEJIRANAN 17 JANUARI







ALBUM KELUARGA KTSD SEMPENA SYAWAL 1438/2017



Keluarga Tn Hj Khalil Abd Rahim

Keluarga Pn Hjh  Habibah Hamdan
Keluarga En Kaharudin Kahar
Keluarga En Saiful Azhar Mustafa
 

KeluargaTn Hj Wahid Rakob

Keluarga En Jamaludin Johar
Keluarga Dr Hj Saharudin Musli
KeluargaTn Hj Zainal Abidin Ghazali
Keluarga En Muhamad Mahat