KUNJUNGAN
KRT TANJUNG RAMBUTAN
Menceriakan
suasana hujung tahun, kami menerima kunjungan hormat dari KRT Tanjung Rambutan Perak pada 30
Disember 2017. Alhamdulillah kami dapat menyediakan minuman petang memandangkan
rombongan seramai 40 orang ini sampai kira-kira iam 4.00 petang.
Kami
telah membuat persiapan di Balai Raya KTSD. Rombongan ini diketua Pengerusi KRT
Tanjung Rambutan Hj Ahmad Zawawi b. Abd Rahman serta barisan
AJKnya. Setelah bacaan doa oleh Hj Mohd Bakar kami mulakan sambutan dengan ucapan
kedua-dua pengerusi. Selepas itu kami tayangkan slide video aktiviti KRT KTSD
sejak 2015 diikuti dengan sesi perbincangan.
Akhir
sekali kami bertukarcenderamata serta menjemput semua tetamu menikmati jamuan minuman petang. Wanita KRT
Tanjung Rambutan juga turut mempersembahkan Nyanyian Koir “Suriram”.
Sebelum
bersurai kami bergambar di dalam dan luar balai raya. Pengerusi dan Naib
Pengerusi KRT KTSD turut menaiki bas sambil memberi seba sedikit penerangan
keadaan kampong kami.
GOTONG ROYONG ANTI ADES KTSD
Penduduk
KTSD sekali lagi menjalankan kerja-kerja amal serta kempen menghapuskan ades
dengan menjalankan program gotong-royong. Kira-kira 40 orang penduduk khususnya
kaum lelaki, menjalankan kerja-kerja pembersihan tanah wakaf serta membaiki
kedudukan pelan perancangan susunan tanah wakaf.
Selain itu
ada juga penduduk yang membersihkan kawasan longkang terutama mengemaskini
longkang-longkang tersumbat agar tidak
berlaku air bertakung sebagai tempat pembiakan nyamuk ades. Kumpulan
Debaie Al Badru Serkam turut serta menjayakan program amal ini.
Program yang
bermula jam 8.30 pagi telah berakhir jam 11.00 pagi. Program seperti ini wajar
dikekalkan sebagai amalan yang baik disamping merapatkan hubungan kejiranan.
MAJLIS AQEQAH DAN BERENDOI KTSD
KARNIVAL SEPAKTAKRAW DUN SERKAM TINGKATKAN SEMANGAT
Karnival Sukan Sepaktakraw Dun Serkam
anjuran KRT dan BKP KTSD telah berjaya dilaksanakan pada 17 September 2017. Program
ini berjalan lancar dalam suasana dan cuaca yang baik sekali.
Sejumlah 16 pasukan telah bersaing
sengit bagi merebut hadiah lumayan iaitu rm 500.00 bagi juara, rm 300.00
pemenang kedua, serta rm150.00 bagi tempat ke-3 dan ke-4. Peserta carnival
terdiri daripada kalangan warga penduduk Dun Serkam. KTSD telah menghantar 3
pasukan dalam kejohanan ini.
Karnival ini diadakan bagi
mempertingkat semangat bersukan dan berpasukan di kalangan penduduk terutama
kaum muda terutama bagi permainan sepaktakraw. Kita tidak mahu sukan
sepaktakraw kian malap ekoran persaingan dengan sukan-sukan lain yang lebih
dapat sambutan.
Program ini telah dirasmikan oleh Ahli
Dewan Undangan Negeri Melaka bagi Dun Serkam Datuk Zaidi Atan. Pengurus program
En Helmi b. Ali Hassan telah berusaha menjayakan program ini dibantu oleh
Pengerusi BKP Tn Hj Sahudina, Pengerusi dan Setiausaha KRT Tn Hj Mohamad
Ibrahim dan Tn Hj Wahid Rakob, serta semua AJK.
Karnival yang bermula jam 8.30 pagi
telah dijalankan di empat buah gelanggang dalam perkampungan KTSD ini.
Kira-kira jam 5.00 petang carnival berakhir. Juara pertandingan ialah pasukan
KTSD A dibarisi pemain-pemain Helmi b. Ali Hassan, Jamuddin Ali, Zainuddin Abd
Rahman dan Rizar. Naib juara pula dari pasukan Kg Berangan C terdiri daripada
Ahmad Sabry Samad, Salizan Mohd, Norhafiz Saat dan Mohd Halil Musa.
Semoga sukan sepaktakraw terus kekal
sebagai permainan warisan kita.
KORBAN 7 EKOR LEMBU DI KTSD TAHUN INI
Hari Raya Aidiladha, Hari Raya Korban atau Hari
Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh
dunia. Perayaan ini merupakan perayaan terbesar di dalam Islam selain
Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10,
ke-11, ke-12 dan ke-13 bulan Zulhijjah
setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti
dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah,
sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan sama ada pada 10,
11, 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua waktu ini dipanggil Hari Tasyrik.
Aidiladha ialah perayaan yang istimewa
kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan
Nabi Ibrahim a.s.
dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Selain itu, salah satu keistimewaan
Aidiladha dan Hari
Tasyrik ialah ibadat
korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan pada empat hari iaitu bermula
waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam
matahari pada hari ke-13 Zulhijjah.
Tahun ini HariRayaAidilAdha jatuh pada
hari Jumaat 1 Sept 2017. Bagaimanapun korban kelompok KTSD kami pilih pada hari
Sabtu bersamaan 11 Zulhijjah. Tahun ini korban kelompok berjaya menumbangkan
tujuh ekor lembu yang mula dilakukan seawall jam 8.30 pagi. Kehadiran warga
KTSD amat membanggakan malahan golongan muda begitu ramai menyumbangkan tenaga
bergotong-royong dari menyembelih, melapah sehinggalah mengagigihkan daging
korban.
Pihak AJK surau juga tidak ketinggalan
menyediakan pelbagai juadah termasuk sup dan asam pedas gear box. Suasana yang
amat meriah disamping cuaca yang baik pada hari itu telah melihat program
berjalan lancar.
Terima kasih kepada AJK Surau Ai Taqwa serta seluruh penduduk KTSD yang telah menggemblikg
tenaga menjayakan programkorban tahun ini.
SAMBUTAN AMBANG MERDEKA SEHATI SEJIWA KTSD 2017
Sambutan Ambang Merdeka Sehati Sejiwa 2017 telah diadakan di
perkarangan Balai Raya KTSD. Semangat patriotik harus tersemat dalam jiwa setiap
warganegara agar menjadi generasi cintakan tanah air. Kempen Satu Jalur
Gemilang Satu Jiran dianjurkan KRT KTSD memupuk nilai tinggi semangat
cintakan negara.
Pada malam tanggal 30 Ogos 2017 bermula seawal jam 9.00
malam penduduk KTSD dari pelbagai lapisan usia mula berkumpuldi perkarangan
balai raya. Kehadiran warga KTSD agak berbeza daripada biasa. Tergambar suasana
merdeka di wajah pengunjung yang datang dengan penampilan pakaian dan kostum patriotik.
Sambutan dimulakan dengan nyanyian
lagu kebangsaan mengiringi kenaikan bendera negara. Pengacara majlis Tn Hj
Saleh Ahmad meneruskan aturcara malam itu dengan pertandingan Pakaian
Patriotik. Anak-anak KTSD menggayakan pakaian masing-masing dengan pelbagai
gaya dan kreativiti. Suasana malam itu lebih gamat namun semangat patriotik
semakin terasa menusuk jiwa.
Aturcara seterusnya ialah
pertandingan deklamasi sajak. Persembahan sajak-sajak patriotik terasa menusuk
kalbu ketika para peserta melafaskan bait-bait puisi dengan antonasi dan
penghayatan yang penuh bersemangat.
Pertandingan berikutnya semakin tegar
apabila peserta bersaing bagi mengalunkan lagu patriotik. Para peserta berjaya
memukau pengunjung melalui alunan vokal para peserta dalam persembahan
masing-masing.
Juri pertandingan diketuai Tn Hj
Wahid di samping Tn Hj Jainal dan Tn Hj Sahudina. Pemenang bagi pakaian patriotik ialah
Nuralisya Hana, Nurafika Abd Aziz dan Quratul Ain. Bagi bacaan puisi pula
pemenangnya ialah Tn Hj Saleh Ahmad, Nurul Nabila Aziz dan Nurafika Aziz. Bagi
lagu patriotik, pemenangnya ialah Tn Hj Johari Md Sood dan Tn Hj Mohamad Ibrahim.
Majlis sampai ke acara kemuncak
apabila percikan bunga api dilancarkan ke udara. Maka rasmilah pelancaran
sambutan merdeka warga KTSD tahun ini. Sebelum berakhir suasana masih panas
melalui persembahan lagu Bahtera Merdeka oleh Tn Hj Wahid serta ucapan tetamu
mewakili ADUN Serkam Tn Hj Md Sah.
Majlis diakhiri dengan jamuan
merdeka kepada semua pengunjung dan tetamu yang hadir hampir jam 12.00 malam.
Para pengunjung perlahan-lahan meninggalkan majlis dengan seribu kenangan.
BAHANG SAMBUTAN KEMUNCAK RAYA KTSD
Sambutan Kemuncak Raya KTSD telah berlangsung pada 23 Julai
lepas bertempat di Balai Raya KTSD telah berjaya menghimpunkankira-kira 300
orang warga KTSD.
Sambutan ini merupakan acara penutup dan kemuncak program Aidilfitri
KTSD tahun ini. Warga KTSD dari semua lapisan datang berduyun-duyun dengan
pakaian aneka warna menyerikan malam sambutan walaupun telah menghampiri
pengakhiran Syawal. Seluruh keluarga tua, muda, lelaki dan perempuan dengan
pakaian baju Melayu lengkap bersamping dan baju kurung bagi kaum wanita, memenuhi
perkarangan balai raya yang telah dihias cantik serta diterangi lampu bagi
memeriahkan sambutan.Turut hadir ialah jemputan dari pemimpin KRT berhampiran
dan AJK masjid.
Jam telah menunjukkan hamper 9.20 malam. Program dimulakan
oleh ucapan alu-aluan pengacara majlis Ustaz Jainal dan bacaan doa oleh Ust
Elias Zaidi. Malam sambutan dihangatkan oleh Kumpulan Marhaban KTSD pimpinan Tn
Hj Wahid yang disertai oleh kaum lelaki dewasa dan anak-anak.
Pengerusi KRT Tn Hj Mohamad menyampaikan ucapan alu-aluan
diikuti penyampaian cenderamata kepada bakal haji dan pelajar cemerlang 2016
oleh Tn Hj Sahudina. Majlis turut memperkenalkan warga baru KTSD ke hadapan
pentas membawa keluarga masing-masing.
Setelah merakamkan gambar-gambar
kenangan, tibalah masa menjamu selera yang disediakan oleh urusetia secara
buffet.Pelbagai juadah disediakan seperti ketupat dan rendang, roti canai,
serunding malah ubi rebus dan sambal juga ada.
Kira-kira jam 11.00 malam majlis mula
melabuhkan tirai, Warga KTSD beramai-ramai mengemaskan peralatan seperti kerusi
meja dan pinggan mangkuk hingga selesai. Hampir jam 11.30 malam kami mula
meninggalkan perkarangan balai raya dengan seribu kenangan.
Demikianlah kemeriahan malam kemuncak ini yang amat dinanti-nantikan oleh seluruh warga KTSD menjelang Syawal. Semoga program seperti ini akan diteruskan oleh generasi yang akan datang.
PROGRAM MARHABAN RUMAH
KE RUMAH MERIAH
Kemeriahan menyambut Aidilfitri di KTSD tidak lengkap tanpa
program marhaban dari rumah ke rumah.
Sudah menjadi lumrah bagi penduduk KTSD menjalankan program
ini sejak pembukaan taman ini lebih 20 tahun yang lalu. Program ini bermula
pada 8 Julai dan berakhir 22 Julai 2017.
Marhaban adalah suatu tradisi umat Islam menyambut perayaan
Hari Raya Aidilfitri melalui kunjungan secara rombongan dari rumah ke rumah
dengan mengiramakan puji-pujian kebesaran Allah SWT dan baginda Rasulullah SAW
di samping membacakan doa serta memohon keberkatan ke atas seisi rumah
tersebut.
Namun, jarang sekali kita dapat memahami maksud tersiratnya.
Jika dibuka kamus, perkataan marhaban ini diambil daripada perkataan bahasa
Arab yang bermaksud ‘selamat datang’.
Budaya marhaban ini sedikit sebanyak mengukuhkan silaturahim
sesama penduduk dan menjadi simbol kekuatan ummah serta tanda kesatuan
masyarakat.
Jika tidak ada budaya marhaban ini, sukar bagi jiran
tetangga berziarah sesama sendiri disebabkan kesibukan kerja atau menguruskan
hal keluarga masing-masing. Kadangkala mereka hanya sekadar bertegur sapa
ketika berselisih di waktu keluar atau pulang dari tempat kerja.
Melalui budaya marhaban ini, kita dapat memperbaiki
kesilapan masing-masing dengan memohon kemaafan kepada tuan rumah dan ahli
keluarganya.
Agama Islam menyeru umatnya agar sentiasa berusaha untuk
memperbaiki dan mempertingkatkan ikatan silaturahim sesama insan, apatah lagi
sesama Islam.
Oleh itu, marhaban ini tidak boleh dilupakan dan perlu
dijadikan satu budaya yang berkekalan di dalam jiwa anak-anak muda supaya tidak
luput dek arus pemodenan
MAJLIS KHATAM AL-QURAN SURAU AT-TAQWA
Pada 22 Jun yang lalu -Surau
At-Taqwa KTSD sekali lagi mengadakan satu majlis Khatam Al Quran sambutan akhir Ramadhan pada tahun
ini.
Majlis yang anjuran
Badan Surau ini bermula pada waktu Isyak dengan Solat berjemaah bersama serta
berterawih bersama sama. Seterusnya ucapan ringkas Pengerusi Surau diikuti
dengan majlis khatam Al Quran dan berakhir dengan penyampaian bungatelur kepada
semua jemaah. Cenderamata juga disampaikan kepada peserta peserta Tadarus Al Quran
sepanjang Ramadhan ini.
Jamuan moreh turut disediakan sejurus berakhirnya majlis ini. Menurut Pengerusi Surau , beliau berharap akan tampil lebih ramai lagi peserta Tadarus Al Quran di masa akan datang bagi mengimarahkan surau dari masa ke semasa.
PROGRAM
JOM RONDA KRT KTSD
Pada 10 Jun 2017 warga KTSD turut
menyertai Program Jom Ronda SRS dan KRT anjuran bersama Pejabat Perpaduan
Daerah Jasin, Majlis Keselamatan Jalanraya Negeri Melaka (JKJR), Pejabat Polis
Daerah Jasin dan Jawatankuasa Pemuafakatan KRT DUN Serkam.
Program ini bertujuan memberi kesedaran
kepada penduduk tentang keperluan semua pihak dalam mencegah jenayah dalam kawasan
kejiranan. Di samping itu diharapkan penduduk memahami tentang penguatkuasaan
undang-undang dalam melaksanakan peraturan dan perlindungan nyawa serta harta
benda. Melalui kerjasama pelbagai jabatan turut mengeratkan serta mewujudkan
semangat kerjasama di kalangan warga jabatan dan penduduk amnya.
Program rondaan berkumpulan bermula dari
Taman Rimbunan Kasih Serkam Darat jam 11.30 malam. Rombongan ini telah sampai
ke KTSD anggaran jam 12.00 tengah malam. Warga KTSD turut menyambut ketibaan
ahli rombongan di Balai Pengawal KTSD. Pengerusi KRT KTSD Tn Hj Mohamad
Ibrahim telah membawa semua peronda
mengelilingi kawasan kejiranan KTSD pada malam itu Akhir sekali berlangsung
majlis penyerahan banner oleh pegawai Polis Polis Jasin kepada Pengerusi KRT
KTSD.
Program Jom Ronda ini KRT KTSD telah
menghantar enam orang wakil iaiatu Tn Hj Mohamad Ibrahim, Tn Hj Sahudina Ardin,
En Ibrahim Dollah, Tn Hj Jainal Md Noh, En Mohamad Mahat dan En Hisyamuddin Md Yasak.
SURAU
AT-TAQWA KTSD BERWAJAH BARU
Menjelang sambutan Ramadan tahun ini
seharusnya warga KTSD lebih bersemangat untuk mengunjungi surau. Ini kerana
Surau At Taqwa telah berwajah baru atau bercat baru. Kombinasi warna hijau dan krim serta
grey menampakkan pandangan surau ini lebih ceria dan harmoni.
Perbelanjaan dianggarkan RM 8000.00
adalah sumbangan warga KTSD melalui kutipan tabung.
Alhamdulillah berkat kerjasama AJK Surau
serta keperihatinan warga KTSD pelbagai program dan kebajikan dapat
dilaksanakan dengan jayanya.
MAJLIS
TAQARRUB RAMADAN
Bermula jam 5.00 petang 7 Jun yang lepas
AJK Surau KTSD telah siap sedia menyediakan juadah bubur lambuk kepada semua
warga KTSD yang diagih-agihkan secara tapau atau berbungkus. Alhamdulillah
Nampak program ini mendapat sambutan menggalakkan warga taman.
Disebelah malam pula, sebaik lepas solat
tarawih dijalankan pula program taqarrub Ramadan. Ceramah agama disampaikan
kepada ahli jemaah oleh Ustaz Izuddin bin Md Zin dari JASA Melaka.
Kira-kira jam 11.00 malam majlis
taqarrub berakhir.
PROGRAM
TADARUS KTSD BERJALAN LANCAR
Menjelang Ramadan tahun ini warga KTSD
tidak melepaskan peluang menghayati bulan suci ini dengan pengisian tadarus.
Warga KTSD dari pelbagai lapisan melaksanakan bacaan tadarus secara berjemaah. Tadarus ini kami lakukan berbentuk sebuah
majlis yang mana para pesertanya membaca Al-Quran bergantian. Seorang membaca
dan yang lain menyemak.serta membuat pembetulan sekiranya berlaku kesilapan.
Istilah
tadarus berasal dari kata darasa yadrusu, yang artinya mempelajari,
meneliti, menelaah,mengkaji dan mengambil pelajaran. Lalu ketambahan huruf ta’
di depannya sehingga menjadi tadarasa yatadarasu, maka maknanya bertambah
menjadi saling belajar, atau mempelajari secara lebih mendalam.
MAJLIS
TAHLIL DAN KENDURI KESYUKURAN KTSD
AJK Surau At-Taqwa
KTSD terus aktif melaksanakan aktiviti menjelang bulan Ramadan Al-Mubarak yang
bakal menjelang tidak berapa hari lagi. Kali ini pada hari Sabtu 20 Mei 2017
jemaah surau datang lebih awal kira-kira jam 6.30 petang.
Majlis Tahlil dan
Kesyukuran yang dirancang dapat dilaksanakan seperti yang dijadualkan. Majlis
di mulakan dengan bacaan yasin dan tahlil untuk para arwah kaum keluarga
yangdiminta oleh para jemaah. Majlis berlangsung dalam suasana harmoni dan
syahdu disertai rasa keinsafan dan kesyukuran.
Solat Maghrib
berjemaah diimami oleh Ustaz Hj Haris Mahat Imam 2 Masjid Serkam Darat. Selepas
solat, Ustas Haris menyampaikan tazkirah menjurus kepada penghayatan bulan
Ramadan. Kira-kira 100 orang jemaah hadir kali ini meliputi jemaah lelaki dan
wanita.
Semoga program seperti
ini dapat memberi impak kesedaran dan keinsafan menjadikan Ramadan sebagai
bulan yang ditunggu-tunggu.
SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ DI SURAU AL TAQWA KTSD
KTSD seperti tahun-tahun lepas
menyambut kehadiran bulan Rejab dengan sambutan Israk Mikraj. Peristiwa ini
amat penting untuk diingati dan dihayati oleh semua umat Islam. Sambutan di
KTSD diadakan pada 30 April 2017 di Surau Al Taqwa.
Israk
mikraj yang disambut 27 rejab setiap tahun hijrah ini adalah hari bermulanya
pensyariatan solat lima waktu. Peristiwa dimana Nabi Muhammad s.a.w dengan izin
ALLAH, diangkat ke langit bertemu-Nya dalam masa yang singkat. Hanya yang
bernar-benar beriman kepada ALLAH dan Rasullullah saw yang benar-benar percaya
peristiwa ini pada
waktu itu.
waktu itu.
Peristiwa ini member impak yang amat
besar menjadikan Islam sebagai Addin.
PERSEMBAHAN BERZANJI
MAJLIS AQIQAH
Kumpulan Berzanji KRT KTSD terus menerima
undangan dari dalam dan luar kawasan. Pada 16 April 2017 persembahan
berlangsung di rumah En Shahidzwan Abd Rahim yang membuat kenduri aqiqah bagi
anak beliau. Kami memulakan persembahan dengan mengalunkan qasidah, diikuti
bacaan berzanji dan berselawat. Seterusnya bacaan tahlil dan doa selamat.
Pada 23 April pula persembahan kami di
rumah En Jaafar Rashid. En Jaafar telah meraikan majlis aqiqah bagi cucu
beliau.
Persembahan berzanji juga kami jalankan
di luar kawasan seperti di Kampung Tedong pada 20 Mei 2017.
Kumpulan Berzanji dan Berselawat ini
walaupun kecil namun banyak menyumbang dan memeriahkan majlis kenduri kendara
penduduk di taman ini.
NAZAM SAUTU SERKAM BERKUMANDANG DI DEWAN SERI
NEGERI
Kumpulan Nazam Sautu Serkam dari KTSD sekali lagi diberi
peluang memeriahkan Majlis Tilawah dan Hafazan peringkat kebangsaan kali ini.
Kumpulan Sautu Serkam mengalunkan dua lagu iaituNazam Kreatif dan Nazam Arab
dalam persembahan pada 2 April di Dewan Seri Negeri Ayer Keroh Melaka.
Kumpulan ini diketuai Ustaz Hj Haris Mahat juga selaku suara utama
kumpulan ini disamping Hj Awaluddin Mohd Nazir dan Ustaz Azraie Abd Haq. Ahli
kumpulan seramai 15 orang terdiri daripada penduduk KTSD.
Kumpulan
Nazam SautuSerkam telah ditubuhkan pada tahun 2006 atas keinginan menghidupkan
kembali budaya nazam yang berakar umbi dari bumi Melaka.
PROGRAM SIHAT CERIA KTSD 12 FEBRUARI
GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN TANAH WAKAF 11 FEBRUARI
PROGRAM ZIARAH KEJIRANAN 17 JANUARI
ALBUM KELUARGA KTSD SEMPENA SYAWAL 1438/2017
Keluarga Tn Hj Khalil Abd Rahim |
Keluarga Pn Hjh Habibah Hamdan |
Keluarga En Kaharudin Kahar |
Keluarga En Saiful Azhar Mustafa |
KeluargaTn Hj Wahid Rakob |
Keluarga En Jamaludin Johar |
Keluarga Dr Hj Saharudin Musli |
KeluargaTn Hj Zainal Abidin Ghazali |
Keluarga En Muhamad Mahat |
No comments:
Post a Comment