2 Jan 2013

PROGRAM DAN AKTIVITI 2018

HARI KELUARGA KTSD DAN MESYUARAT AGUNG KE-6

Tarikh 10 November 2018 ditunggu-tunggu oleh seluruh warga KTSD. Program Hari Keluarga telah dirancangdan dan bakal dijayakan. Hari Keluarga tahun ini di laksanakan dalam format Karnival Sukan. Permainan yang dipertandingkan ialah ping-pong, dart, dam haji dan congkak bagi wanita.

Seawal jam 8.00 pagi para peserta dan penonton telah mengunjungi balai raya untuk mendaftar sebagai peserta. Nampaknya semua peserta berkobar-kobar hendak menampilkan bakat.

Pertandingan dimulakan bagi semua acara kira-kira jam 8.30 pagi. Peserta mencari kekosongan bagi memastikan semua acara yang disertai dapat dijalankan. Suasana agak meriah tambahan pula semua permainan dijalankan dalam balai raya. Kanak-kanak turut memeriahkan suasana dengan penyertaan pertandingan mewarna dan rebut gula-gula.
Sana-sini kedengaran jeritan keriangan dan keseronokan mungkin berjaya menewaskan pihak lawan atau kecewa kecundang. Minuman pagi dan sarapan disediakan secara percuma. Jelas semua peserta dan pengunjung rasa gembira disamping menyemai ikatan semangat kejiranan.

Di sebelah malam pula bermula jam 9.00 penduduk sekali lagi berkunjung ke balai raya bagi menghadiri mesyuarat agung ke-6. Selain itu pemenang-pemenang carnival sukan KTSD akan menerima hadiah masing-masing.

Setelah bacaan doa, ucapan alu-aluan Cikgu Salleh Ahmad selaku MC malamitu. Tn Hj Sahudina mempengurusikan mesyuarat. Isu kutipan yuran agak tegang juga tetapi berjaya diredakan. Keputusan mesyuarat berjaya memilih Pengerusi dan naib pengerusi yang baru iaitu Datuk Zolkopli Hashim dan Tn Hj Zainal Galih. Semoga persatuan KTSD semakin teguh dan memberi kepuasan kepada ahlinya.


Setelah selesai membuat pemilihan AJK utama, mesyuarat berakhir. Semua hadirin menikmati jamuan yang disediakan. Majlis berakhir kira-kira jam 11.00 malam.




SAMBUTAN HARIRAYA KURBAN DI KTSD

Pada tahun ini Hari Raya Kurban jatuh pada hari Rabu 22 Ogos 2018. Warga KTSD turut menyambut hari kebesaran ini dimulai dengan takbir raya dan solat Aidil Adha. Solat Aidil Adha berlangsung di Surau At Takwa bermula jam 8.00 pagi.

Kira-kira jam 9.30 pagi warga KTSD telah memenuhi kawasan tanah lapang bersebelahan surau dengan pakaian kerja luar.  Kami telah bersiap sedia melaksanakan tugas bergotong-royong menyembelih, melapah dan seterusnya memotong lembu. Peringkat pertama 2 ekor lembu ditumbangkan. Tugas mengurus agak mudah dan cepat memandangkan tenaga kerja yang agak ramai dari warga emas mahupun yang muda.

Empat ekor lembu lagi telah dihantar ke pusat penyembelihan lembu dan terpaksa menunggu sehingga jam 12.00 tengah hari. Setelah lori sampai membawa lembu yang telah dilapah, kerja-kerja memotong semakin mudah.


Kira-kira jam 2.00 petang semua daging telah berjaya disiapkan untuk diagih-agihkan kepada ahli qariah. Semua tugas berjalan lancar dan meriah.





LAWATAN KE IPOH DAN CAMERON HIGHLAND

Aktiviti lawatan ini bermula pada 20 JULAI 2018. Semua peserta lawatan berkumpul di Balai Raya KTSD jam 10.00 malam. Semua peserta menaiki bas yang dusewa khas kira-kira jam 11.30 malam, bertolak ke Ipoh melalui lebuhraya PLUS.

                    Kami sampai di RTC Tapah pada jam 6.00 pagi 21 Julai. Di sini kami mengemas diri, bersolat dan bersarapan pagi. Kami memulakan lawatan ke Kellies Castle di Ipoh yang merupakan bangunan bersejarah tinggalan ahli perniagaan Inggeristahun 1920an. Terdapat kenangan menarik di tempat ini.




                    Kira-kira jam 10.30 pagi kami terus ke Tanjung Rambutan bagi membuat lawatan balas ke KRT di tempat ini. Sambutan meriah sekali oleh AJK serta pemimpin dan masyarakat tempatan. Setelah majlis ucapan dan bertukar cenderamata sempat juga wakil kami berpantun dan menyampaikan Nazam Melaka. Majlis berakhir dengan jamuan makan serta merakam gambar.



                    Setelah bersolat program lawatan diteruskan lagi dengan lawatan ke Cameron Highland melalui Simpang Pulai Ipoh. Keadaan jalan yang berliku menyebabkan sebahagian besar peserta terlena dibuai alunan bas. Kira-kira jam 5.00 petang sampailah kami ke Brincang untuk melepaskan keletihan ke gerai-gerai yang menyediakan pelbagai makanan tempatan. 


                       Kami menginap di Apartmen Brincang sambil berehat sebelum melaksanakan aktiviti seterusnya.  Kira-kira jam 8.00 malam kami berpeluang membeli belah di Pasar Malam Brincang. Agak keletihan juga kami di sini kerana bas dipakir berjauhan,memandangkan pengunjung yang terlalu ramai. Sehingga jam 11.00 malam kami pulang ke apartmen untuk menynggu program esok hari.

                        Pada 22 Julai kami mulakan program dengan bersarapan di gerai berhampiran. Setelah itu kami melawat pasar Cameron sambil membeli-belah. Agak teruja di sini memandangkan pelbagai hasil bumi Cameron dijual di sini. Buah-buah seperti strewberi, limau dan sebagainya sehinggalah sayuran malah pakaian dan cenderamata tidak kurang. Masing-masing tidak melepaskan peluang membawa pelbagai ole-ole untuk dibawa pulang.







                       Akhir sekali kami melawat ladang teh. Sempat sekali lagi kami bergambar ramai dan ada yang turun ke lading melihat sendiri lading the dari dekat. Keindahan lading the memang memukau pengunjung.


                        Kira-kira jam 3.00 petang kami meninggalkan Cameron Highlad denga seribu kenangan. Selain menambah pengalaman warga KTSD dapat merapatkan hubungan ukuwah dan semoga kemesraan semakin erat. Kami sampai ke KTSD semula kira-kira jam 10.00 malam. Alhamdulillah, semuanya selamat.  



KEMUNCAK SAMBUTAN RAYA KTSD

Sambutan Kemuncak Raya KTSD telah berlangsung pada 13 Julai lepas bertempat di Balai Raya KTSD telah berjaya menghimpunkankira-kira 300 orang warga KTSD.


Sambutan ini merupakan acara penutup dan kemuncak program Aidilfitri KTSD tahun ini. Warga KTSD dari semua lapisan datang berduyun-duyun dengan pakaian aneka warna menyerikan malam sambutan walaupun telah menghampiri pengakhiran Syawal. Seluruh keluarga tua, muda, lelaki dan perempuan dengan pakaian baju Melayu lengkap bersamping dan baju kurung bagi kaum wanita, memenuhi perkarangan balai raya yang telah dihias cantik serta diterangi lampu bagi memeriahkan sambutan.Turut hadir ialah jemputan dari pemimpin KRT berhampiran dan AJK masjid.


Program dimulakan oleh ucapan alu-aluan pengacara majlis Ustaz Jainal dan bacaan doa oleh Ust Elias Zaidi. Malam sambutan dihangatkan oleh Kumpulan Marhaban KTSD pimpinan Tn Hj Wahid yang disertai oleh kaum lelaki dewasa dan anak-anak.
Pengerusi KRT Tn Hj Mohamad menyampaikan ucapan alu-aluan diikuti ucapan Datuk Zulkofli Hashim. Ucapan seterusnya ialah tetamu jemputan En Mustafa Haron dari Jabatan Perpaduan Jasin selaku perasmi majlis.




Setelah merakamkan gambar-gambar kenangan, tibalah masa menjamu selera yang disediakan oleh urusetia secara buffet.Pelbagai juadah disediakan seperti ketupat dan rendang, roti canai, kuetiau dan mee serta aiskrim juga ada.
Tetamu lain yang hadir ialah Adun Paya Rumput YB Rafiq Nazamohideen yang turut member ucapan .









Kira-kira jam 11.30 malam majlis mula melabuhkan tirai, Warga KTSD beramai-ramai mengemaskan peralatan seperti kerusi meja dan pinggan mangkuk hingga selesai. Hampir jam 12.00 malam kami mula meninggalkan perkarangan balai raya dengan seribu kenangan.

Demikianlah kemeriahan malam kemuncak ini yang amat dinanti-nantikan oleh seluruh warga KTSD menjelang Syawal. Semoga program seperti ini akan diteruskan oleh generasi yang akan datang.



MARHABAN RUMAH KE RUMAH KTSD BERJALAN LANCAR.

Sudah menjadi lumrah bagi penduduk KTSD menjalankan program ini sebagai satutradisi tahunan. Program ini bermula pada 23 Jun dan berakhir 7 Julai 2018.




Hampir semua warga KTSD menyertai sama ada berkunjung mahupun menerima kunjungan marhaban ini yang bermula selepas solat Isyak. Budaya marhaban ini sedikit sebanyak mengukuhkan silaturahim sesama penduduk dan menjadi simbol kekuatan ummah serta tanda kesatuan masyarakat.



Jika tidak ada budaya marhaban ini, sukar bagi jiran tetangga berziarah sesama sendiri di­sebabkan kesibukan kerja atau menguruskan hal keluarga masing-masing. Kadangkala mereka hanya sekadar bertegur sapa ketika berselisih di waktu keluar atau pulang dari tempat kerja.


Melalui budaya marhaban ini, kita dapat memperbaiki kesilapan masing-masing dengan memohon kemaafan kepada tuan rumah dan ahli keluarganya.




CERAMAH SAMBUTAN RAMADHAN DAN HUKUM HAKAM PUASA

Surau At Taqwa KTSD sekali lagi melaksanakan inisiatif bagi manfaat para jemaah pada sesi ceramah dan majlis ilmu kali ini.




Pada 27 April lalu pihak AJK surau telah mengundang Ustaz Hj Ahmad HafizAl-Bakaniyy dari Pondok Tahfiz Ar-Rifaie Klang.




Beliau menyampaikan ceramah tentang hokum-hakam ibadah dan puasa. Semoga  ceramah yang disampaikan memberi manfaat kepada para jemaah.


ZIARAH KEJIRANAN

Amalan ziarah menziarahi adalah amat digalakan dalam masyarakat dan agama. Islam amat menggalakkan amalan ini sama ada menzirahi jiran yang sakit mahupun sihat. Amalan seperti ini andai dilakukan dengan ikhlas akan dapat menghibur malah melupakan kesakitan buat seketika. Disamping berziarah eloklah kita mendoakan agar penyakityangdihidapi segera terhindar dan kembali pulih.


Pada 9 April yang lalu, sebilangan AJK KRT KTSD berkesempatan melawat jiran-jiran yang ditimpa musibah. AJK wanita telah menziarahi Pn Poziah Yusof manakali AJK lelaki menziarahi Tn Hj Yahya dan En. Rosli.


Semoga warga KTSD sihat dan ceria.




PROGRAM ISU CABARAN AQEDAH UMMAH

AJK Surau Al-Taqwa KTSD mengambil inisiatif melaksanakan program ceramah dalam Program Pencegahan khususnya bagi menangani isu aqidah umat Islam masa kini. Ceramah disampaikan oleh Yang Berbahagia Sohibul Fadhil Dato’ Us Rashidy Jamil Al Rasyid, Imam Masjid Negara Kuala Lumpur.  Program ini berlangsung pada 28 Januari selepas solat Maghrib.









Semoga program pencelahan ini dapat memberi  input dan pencerahan kepada ahli jemaah dan warga KTSD amnya.





GOTONG ROYONG TANAH WAKAF


Penduduk KTSD melaksanakan Program gotong-royong pada 21 dan 24 Mac2018. Kira-kira 30 orang penduduk khususnya kaum lelaki, menjalankan kerja-kerja pembersihan tanah wakaf serta mengemaskini  pokok-pokok penaung di kawasan tanah wakaf.


\















No comments:

Post a Comment