2 Jan 2013

PROGRAM DAN AKTIVITI 2020


                                          SELAMAT BERPISAH PN SAEMAH

Suasana pilu menyelubungi KTSD petang itu. Ramai sahabat handai jiran tetangga khususnya kaum wanita mengunjungi rumah Pn Saemah. Hari ini tanggal 2 Oktober 2020 adalah hari terakhir Pn Saemah bt Md Nor (balu Allahyarham En Abd Karim Jantan) sebagai ahli warga KTSD. Beliau akan berpindah ke Muar yang juga merupakan kampong halaman asal beliau.

                                                    Majlis Perpisahan di Surau KTSD

Pn Saemah tinggal di KTSD kira-kira 18 tahun yang lalu semenjak beliau mendirikan rumah tangga bersama En Abd Karim Jantan. Sudah ditakdirkan suami tercinta meninggal dunia pada tahun 2017. Beliau akhirnya kembali ke kampong halaman bagi memulakan penghidupan baru.



Antara kenangan manis sumbangan Pn Saemah ialah sebagai pemudah cara kursus pembuatan kuih tradisional denderam pada tahun 2013. Warga KTSD khususnya kaum wanita tentunya masih teringat bagaimana suasana di balai raya KTSD akan gelagat dan keriuhan para peserta menyediakan dan menghasilkan kuih denderam masing-masing.

Semoga perpindahan beliau bersama anak tunggalnya Ikhsan, akan membawa sinar baru dalam kehidupannya. 


SAMBUTAN HARI MALAYSIA DAN DIALOG PENDUDUK KTSD

Sempena sambutan Hari Malaysia 2020 warga KTSD Berjaya mengadakan satu program perjumpaan dengan penduduk pada 16 September 2020 di Balai Raya KTSD bermula jam 8.30 pagi, kira-kira 70 orang hadir pada pagi itu.

 



Bermula dengan pendaftaran kehadiran, majlis di teruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Alias Zaidi. Program diteruskan dengan ucapan pengerusi Datuk Zolkopli Hashim yang menyeru penduduk agar mengekalkan keharmonian hidup bermasyarakat. Sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia merupakan perayaan kebangsaan bagi tujuan menjaga perpaduan dan kesejahteraan rakyat.

 





Perkara penting dalam hidup kejiranan ialah penjagaan kebersihan dan peraturan pembuangan sampah bagi memastikan taman ini bersih dan mempunyai system pembuangan sampah yang teratur. Sebuah rumah sampah akan dibina bagi memastikan tempat pembuangan sampah berpusat kemas dan bersih.

 


Penduduk berpeluang mengajukan beberapa pertanyaan serta melontarkan pendapat bagi meluahkan perasaan masing-masing. Selain itu banyak lagi isu dan program taman yang perlu dilaksanakan mahupun diperbaiki.

 

Pada kesempatan ini juga Persatuan Penduduk KTSD telah melaksanakan tanggungjawab mengadakan Mesyuarat Agung bagi kali ke-7. Sesi pembentangan laporan dan pemilihan AJK baru juga berjaya dijalankan.

 

Program berakhir kira-kira jam 12.30 pagi dengan aturcara penyampaian hadiah kecemerlangan akademik dan jamuan makan.


                                      KULIAH AGAMA DI SURAU AT TAQWA

Program kuliah dan kelas agama secara berkala mahupun berkaitan peristiwa, sememangnya kerap dilaksanakan.  Sebahagian besar penduduk lelaki dan perempuan menghadiri kuliah-kuliah ini sebagai memenuhi tuntutan agama.


                Ustaz Amirul Hafiz berkuliah pada setiap hari Ahad selepas solat Maghrib




Ustaz Mohd Said bin Sulaiman mengajar kelas Tadabbur untuk kaum wanita pada setiap petang Rabu.
Ustaz Elias Zaidi bin Mohd Yusof  pula mengajar pengajian Quran pada setiap Ahad selepas solat Subuh.













SAMBUTAN AIDILADHA DAN PROGRAM KORBAN KTSD

Tanggal 10 Zulhijjah tahun ini jatuh pada hari Jumaat 31 Julai 2020.. Khatib dan imam memimpin solat Aidiladha ketika itu ialah Ustaz Nazarul. Berikutan penguatkuasaan SOP covid19 Surau At Taqwa turut mengambil langkah tegas mematuhi arahan pihak berkuasa sepertri pengambilan suhu badan dan pemakaian pelitup muka. Selain itu di dalam surau turut memastikan penjarakan sosial serta masing-masing membawa sejadah besar sebagai peralatan solat. Jumlah kehadiran ialah 125 orang termasuk kanak-kanak.








Bagi ibadah korban pula dilaksanakan pada hari Sabtu 11 Zulhijjah. Tahun ini 9 ekor lembu dikorbankan oleh warga KTSD dan kebanyakannya secara berkelompok. Penyembelihan dijalankan di kawasan tanah lapang bersebelahan balai raya bermula jam 8.00 pagi.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun semua langkah berasaskan pelaksanaan SOP. Suasana dan cuaca amat baik pada pagi itu dengan kehadiran penduduk sama ada yang muda mahupun yang vetran amat memuaska. Kira-kira jam 12.30 tengah hari kerja pengagihan daging selesai dilaksanakan.















GOTONG- ROYONG MENGEMAS SURAU BARU KTSD

Alhamdulillah setelah menunggu hampir 6 bulan akhirnya Surau At Taqwa KTSD berjaya disiapkan sebelum bermulanya PKP. Sebelum itu para jemaah telah menjadikan Balai Raya sebagai surau sementara. 



Kini menjelang era PKPP surau baru mula digunakan oleh warga KTSD. Bagaimana pun kerja-kerja mengemas perlu dilakukan seperti vakum lantai dan mop, mengelap tingkap dan sebagainya. Sebahagian peralatan di balai raya perlu dikembalikan ke surau baru ini.




Untuk itu kerja-kerja gotong-royong perlu dilakukan. Pihak surau dan KRT KTSD telah melaksanakan pada 11 Julai 2020. 


ZIARAH KEJIRANAN WARGA KTSD

Malang tidak berbau. Malah AJK KRT KTSD turut mengalami dugaan ini apabila terpaksa dimasukkan ke wad kerana masalah kesihatan. Pada 22 Jan 2020 kami melawat Ustaz Hj Tuba Nihrir di Hospital Melaka, manakala pada 20 Februari kami ke Hospital Muar melawat Tn Hj Zakaria.bin Jantan.




Alhamdulillah kedia-dua AJK ini kembali sihat

No comments:

Post a Comment