1 Jan 2013

PROGRAM DAN AKTIVITI 2019

  ZIARAH KEJIRANAN KTSD  
                                                  
Perpaduan merupakan antara elemen terpenting dala pembentukan sesebuah masyarakat
yang harmoni. Perpaduan ini dapat dipupuk dengan semangat kejiranan yang utuh. Sememangnya tidak dapat  disangkal bahawa  masyarakat  yang  bersatu padu bermula  dengan  adanya semangat   kejiranan  yang  tersemai  dalam  jiwa.  Oleh  itu,setiap  individu haruslah  memiliki semangat kejiranan  yang  tinggi  demi  mengekalkan  keharmonian  dan  kemakmuran  negara yang  berbilang  kaum. 






Sehubungan itu AJK KRT dan BKP serta beberapa orang penduduk KTSD telah meluangkan masa menziarahi rakan-rakan kejiranan yang kurang sihat. Semoga dengan pertemuan dan semangat ukwah ini akan dapat memberi keceriaan dan semangat agar kembali sihat.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2019

Sambutan Maulidur Rasul KTSD di laksanakan secara sederhana di surau sementara KTSD pada 9 November 2019. Pihak AJK Surau mengundang seorang penceramah muda Ustaz Muhamad Fakrur Razi b Mohd Azmi, tenaga pengajar dari sebuah madrasah Melaka.








Alhamdulillah kehadiran warga taman agak ramai. Program bermula selepas solat maghrib dan berakhir jam 10.30 malam. Selesai solat Isyak para tetamu dan Jemaah menikmati jamuan ringan sambil berbual mesra.


PELANCARAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG DI KTSD

Majlis pelancaran Sambutan Kempen Kibar Jalur Gemilang Kampung Tersusun Serkam Darat (KTSD) 2019 telah diadakan di Balai Raya KTSD pada 27 Ogos 2019..



Majlis pelancaran itu akan disempurnakan oleh Penyelaras Dun Serkam Ustaz Muhamad bin Kamal pada jam 9.00 malam. AJK KRT dan Badan Kebajikan serta sebahagian penduduk KTSD turut hadir bagi menjayakan program ini.



Dalam ucapannya beliau menyarankan agar penduduk KTSD perlu menjalin hubungan perpaduan disamping menghayati sejarah kemerdekaan tanah air. bBeliau juga menyarankan agar semua rumah dikibarkan jalur gemilang sebagai lambing patriotik rakyat Malaysia.

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang sewajarnya dilaksanakan di setiap kawasan perumahan mahupun kampong dan taman.


JELAJAH BUMI ACEH : 15-18 oGOS 2019




8 EKOR LEMBU KURBAN TAHUN INI DI KTSD

Tahun ini Hari Raya Kurban jatuh pada hari Ahad 11 Ogos 2019. Seperti biasa sambutan Aidil Adha telah di buat persediaan awal oleh AJK Surau At Taqwa khususnya bagi urusan korban.


Selepas solat Aidil Adha, penduduk KTSD telah bersiap sedia melaksanakan tugas bergotong-royong menyembelih, melapah dan seterusnya memotong lembu. Tahun ini jumlah lembu agak banya iaitu 8 ekor semuanya.

Bagaimana pun 7 ekor lembu telah di selesaikan pengurusannya di kampong iuni dan seekor lagi dihantar ke Sekolah Maahad Tahfis Kampung Kelantan Muar.



Sebelah tengah hari penyediaan sup tulang telah sedia untuk dinikmati.  Kali ini sup yang disediakan sungguh enak dan dilengkapi dengan ketupat pula.


Kira-kira jam 2.00 petang semua daging telah berjaya disiapkan untuk diagih-agihkan kepada ahli qariah. Semua tugas berjalan lancar dan meriah.


WARNA WARNI SAMBUTAN RAYA KTSD




Sambutan Aidilfitri KTSD merupakan acara penutup dan kemuncak program raya  tahun ini. Program ini berlangsung pada 29 Jun 2019 di Balai Raya KTSD bermula jam 9.00 malam. Warga KTSD dari semua lapisan datang berduyun-duyun dengan pakaian aneka warna menyerikan malam sambutan walaupun telah menghampiri pengakhiran Syawal. Seluruh keluarga tua, muda, lelaki dan perempuan dengan pakaian baju Melayu lengkap bersamping dan baju kurung bagi kaum wanita, memenuhi perkarangan balai raya yang telah dihias cantik serta diterangi lampu bagi memeriahkan sambutan.Turut hadir ialah jemputan dari pemimpin KRT berhampiran dan AJK masjid.





Program dimulakan oleh ucapan alu-aluan pengacara majlis Ustaz Jainal dan bacaan doa oleh Ust Elias Zaidi. Malam sambutan dihangatkan oleh Kumpulan Marhaban KTSD pimpinan Tn Hj Wahid yang disertai oleh kaum lelaki dewasa dan anak-anak.
Pengerusi KRT Datuk Hj Zolkopli Hashim menyampaikan ucapan alu-aluan diikuti ucapan Datuk Zaidi Atad (Adun Serkam). Turut hadir ialah Pengerusi KRT Dun Serkam, En Azman Khamis. Ustaz Omar dan Ust Amirul.


Setelah merakamkan gambar-gambar kenangan, tibalah masa menjamu selera yang disediakan oleh urusetia secara buffet.Pelbagai juadah disediakan seperti ketupat dan rendang, roti canai, kuetiau dan mee serta aiskrim juga ada.

Kira-kira jam 11.30 malam majlis mula melabuhkan tirai, Warga KTSD beramai-ramai mengemaskan peralatan seperti kerusi meja dan pinggan mangkuk hingga selesai. Hampir jam 12.00 malam kami mula meninggalkan perkarangan balai raya dengan seribu kenangan.

Demikianlah kemeriahan malam kemuncak ini yang amat dinanti-nantikan oleh seluruh warga KTSD menjelang Syawal. Semoga program seperti ini akan diteruskan oleh generasi yang akan datang



MARHABAN RUMAH KE RUMAH KTSD MERIAH.

Hampir semua warga KTSD menyertai sama ada berkunjung mahupun menerima kunjungan marhaban ini yang bermula selepas solat Isyak bermula 15 Jun hingga 29 Jun 2019. Budaya marhaban ini sedikit sebanyak mengukuhkan silaturahim sesama penduduk dan menjadi simbol kekuatan ummah serta tanda kesatuan masyarakat.

Bagaimanapun tidak semua penduduk membuat persiapan ini kerana program seperti ini tidak diwajibkan malah terpulang kepada budibicara tuan rumah. Bermula dengan marhaban dan berselawat diikuti bacaan doa selamat dan mohon keberkatan tuan rumah sekeluarga.


Semoga amalan berselawat dan kunjung mengunjung akan membawa syufaat kepada semua peserta dan menjauhi kemudaratan kepada tuan rumah. Setelah tuan rumah membalas ucapan semua pengunjung menikmati jamuan yang dihidangkan.
Melalui budaya marhaban ini, kita dapat memperbaiki kesilapan masing-masing dengan memohon kemaafan kepada tuan rumah dan ahli keluarganya.





KEJOHANAN CATUR TERBUKA DUN SERKAM




Program ini telah berjaya dilaksanakan dan berjalan dengan lancar. Seramai 112 orang peserta telah menyertai program ini dengan mensasarkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah malah menjangkau semua lapisan umur, jantina dan bangsa. Pengisian program bermula dengan slot peraturan dan undang-undang permainan catur serta tujuan program bagi mengisi masa lapang dengan berfaedah. Selain itu program seperti ini dapat menjalin perpaduan masyarakat serta menghindari penyalahgunaan dadah. 





Program berjaya memupuk minat peserta terhadap permainan catur secara professional khususnya bagi memberi ketajaman minda berfikir secara kreatif. Selain itu program ini berjaya membina semangat juang serta dapat menjalin ikatan perpaduan dalam masyarakat serta antara kaum. Melalui slot pameran dan penerangan pencegahan dadah, peserta serta pengunjung dapat kesedaran tentang keburukan penggunaan dadah dalam masyarakat.






Program ini bukan sahaja mendapat penyertaan yang ramai, malah mendapat komitmen yang baik dari pihak-pihak lain seperti dari Amy Chess Academy Melaka, Penyelaras Dun Serkam , Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) serta Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Melaka. Hadir sama ialah Ustaz Muhamad bin Kamal (Penyelaras Dun Serkam) En Mustafa b Haron (Pegawai Perpaduan Jasin serta En Fikri Amir Nizam b. Mahat & En Abdullah Faiz b Sulaiman (AADK)

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN KHATAM AL-QURAN 1440H/2019 KTSD


 
 


Ahli jemaah Surau At Taqwa telah berjaya menjalani ibadah tadarus setiap malam sepanjang Ramadan ini baik kumpulan lelaki mahupun wanita. Alhamdulillah amalan mulia ini masih segar sebagai satu kebiasaan yang tidak boleh ditiadakan.


Sehubungan itu pada 30 Mei 2019 AJK surau telah melaksanakan program Khatam Al-Quran di bawah pimpinan Ustaz Hasanuddin Adnan. Program bermula dengan berbuka puasa, solat dan solat terawikh.  Majlis khatam bermula kira-kira jam 10.00 malam. Akhir sekali para Jemaah surau menikmati jamuan makan.


KULIAH SUBUH BERSAMA USTAZ ALIDIN SYAHDAN AL-BANJARI

Sempena bulan Ramadan 1440H, warga KTSD berpeluang menghadiri program Kuliah Subuh pada 29 Mei 2019 di Surau At-Taqwa KTSD. Program yang bermula dengan Solat Subuh ini disampaikan oleh AlFadhil Ustaz Alidin Syahdan Al-Banjari.



Alhamdulillah kira-kira 60 orang warga KTSD lelaki dan wanita berkesempatan hadir kali ini. Semoga ilmu yang disampaikan Berjaya membuka minda dan nurani semata-mata bagi mendapatkan keredaan Allah dalam setiap amalan kita.





KELAS BAHASA ARAB AL=QURAN ITQAN 5in1

Warga KTSD mengorak langkah menambah ilmu dalam pengajian Bahasa Arab melalui pendekatan Al-Quran. Ustaz Safwan telah bersedia menjadi pembimbing memberi tunjuk ajar seramai 20 orang warga KTSD menyertai kelas pengajian ini. Kelas dilaksanakan seminggu sekali pada setiap hari Sabtu mulai jam 8.00 malam.



Walaupun agak asing dan sukar bagi peserta mengikuti kelas ini, tetapi peserta kursus begitu berminat mengikuti pengajian, khususnya untuk mencapai matlamat memahami bacaan Al-Quran dan doa-doa yang sering diamlkan.



Semoga kelas ini memberi manfaat kepada semua peserta.




KEM ANAK2 CEMERLANG DI UTeM MELAKA

Pada 20 April 2019 KRT KTSD berjaya melaksanakan Program G-Kom 3 dengan mengadakan Program Kem Anak-anak Cemerlang berbentuk lawatan dan bengkel pelajar ke UTem Melaka.






Program ini telah berjaya dilaksanakan dan berjalan dengan lancar. Seramai 50 orang peserta telah menyertai program ini dengan mensasarkan pelajar-pelajar sekolah yang berumur di antara 11-17 tahun. Pengisian program bermula dengan slot ceramah yang menyentuh tentang soal-soal pendidikan mengenai ciri-ciri menjadi pelajar cemerlang dan pencegahan jenayah di kalangan pelajar-pelajar sekolah yang juga merupakan teras dalam program ini. Seterusnya pelajar pelajar diajar untuk mengendalikan robot lego serta peralatan-peralatan pneumatik dan hidraulik di makmal-makmal yang telah dipilih. 

Dr Ruzaidi Zamri (AJK Pendidikan) yang juga merupakan pensyarah di UTem diberi tanggungjawab mengurus program ini. Semoga program ini berjaya memberikan impak kepada pelajar yang berminat untuk mendalami bidang STEM sebagai bidang pilihan di masa akan datang.


KARNIVAL RAPID CHESS KTSD 2019

Julung-julung kalinya pada 15 April 2019, KRT KTSD bersama Amy Chess Academy  menganjurkan pertandingan chess di taman ini.  Program ini telah dapat sambutan yang amat baik bukan sahaja di kalangan anak-anak KTSD malahan dari peminat-peminat luar termasuk Muar dan Segamat.




AJK utama program ini Ustaz Azmi bin Yusof bersama AJKnya terpaksa menghadkan penyertaan tidak melebihi 24 peserta memandang peralatan dan tempat yang terhad. Program ini bermula jam 2.00 petang dan berakhir jam 6.00 petang. Pertandingan dijalankan menggunakan Sistem Swiss 5 pusingan. Kawalan masa 15 minit setiap pemain dan Tiebreakers  Direct Encounter, Bucoltz, Sonneborn Berger.









Rapid Chess ini dimenangi peserta dari Segamat, Izzul Immanudin Ishak  dan naib juara dari Muar. Peserta KTSD Zahidah Faqeehah binti Azmi menduduki tempat ketiga,

Diharapkan program ini akan diteruskan pada masa-masa akan datang




KARNIVAL SEPAK TAKRAW TERBUKA DUN SERKAM


Semangat kejiranan dan perpaduan sesebuah masyarakat seringkali dikaitkan dengan semangat muhibbah, keharmonian, keselesaan, keamanan, kerjasama, keselamatan, kebajikan, kesihatan, kesejahteraan ekonomi dan kualiti hidup di kalangan anggota masyarakat sesuatu kejiranan itu. Pelbagai mekanisme atau aktiviti yang boleh dijalankan bagi mencapai matlamat tersebut. Antaranya ialah dengan medium sukan. Justeru itu, dalam menjamin kelangsungan ukhwah sesama kejiranan maka satu aktiviti yang melibatkan penglibatan semua komuniti adalah perlu dilaksanakan demi mencapai matlamat perpaduan dan kehormonian sesuatu komuniti. 

KRT KTSD telah berjaya menganjurkan pertandingan ini kerjasa dengan Penyelaras Dun Serkam pada 17 Mac 2019 (AHAD) bermula jam 8.00 pagi. AJK Jiran Muda Cikgu Helmi Ali Hassan mengambil tanggungjawab utama melaksanakan satu lagi program G-Kom sebagai G-Kom 2 KRT KTSD. 24 pasukan telah mengambil bahagian dan kejohanan berakhir jam 5.30 petang.



Program liga adalah merupakan salah satu pengisian dalam program tahunan KRT  KG TERSUSUN SERKAM DARAT . Melalui program ini, diharap seluruh peminat sukan sepaktakraw negeri Melaka akan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim melalui acara-acara yang akan dijalankan. Di samping itu melalui kejohanan ini juga diterapkan kempen jauhi dadah dikalangan masyarakat.



TARIKH
17 MAC 2019 (AHAD)


KULIAH SUBUH SURAU AT-TAQWA KTSD

Kuliah Subuh Surau At-Taqwa pada 16 MAC 2019 (SABTU) selepas solat Subuh.berjaya menghimpunkan kira-kira 50 orang jemaah. Beliau adalah  juga Pengerusi Pusat Pengajian Islam Ar-Rifaie Shah Alam & Pondok Tahfiz Ar-Rifaie Klang.

Penceramah undangan Ust Hj Ahmad Hafiz Al-Bakaniyy. (Graduan Universiti Al-Azhar dalam Bidang Usuluddin Akidah & Falsafah) 

Beliau telah menyampaikan ceramah berkaitan memberi peringatan dan panduan tentang mengelakkan fahaman yang bertentangan aqidah ahli Sunnah wal jamaah yang sedang berleluasa masa kini. Selain itu beliau turut menyentuh beberapa perkara dalam peristiwa Israk Mikraj perjalanan Rasulullah dari bumi Mekah ke Baitul Maqdis dan Sidratul Muntaha.

Marilah sama-sama kita ikhlaskan diri kerana Allah SWT utk hadir demi majlis ilmu yg disebut sebagai taman syurga Allah SWT


ZIARAH JIRAN DI HOSPITAL

Amalan ziarah menziarahi adalah amat digalakan dalam masyarakat dan agama. Islam amat menggalakkan amalan ini sama ada menzirahi jiran yang sakit mahupun sihat. Amalan seperti ini andai dilakukan dengan ikhlas akan dapat menghibur malah melupakan kesakitan buat seketika. Disamping berziarah eloklah kita mendoakan agar penyakit yang dihidapi segera terhindar dan kembali pulih


Pada kesempatan ini KRT dapat menziarai sambil menghulurkan derma bagi mengurangkan kesepian rakan yang kurang sihat. Pada 22 Januari lalu kami mengunjungi Ustaz Hj Tuba Nihrir di Hospital Besar Melaka.

Pada 1 Februari pula kami melawat seorang lagi warga KTSD Tn Hj Tahir Rasul yang kurang sihat di Hospital Sultanah Fatimah Muar.

Kami berharap dan berdoa agar jiran-jiran KTSD yang kurang sihat ini segera sembuh bagi menjalani aktiviti harian.


GOTONG ROYONG PERDANA KTSD 2019

 Pada 10 Februari lalu dianggarkan 75 orang ahli Komuniti KRT KTSD termasuk 10 orang wanita menjalankan khidmat masyarakat secara sukarela dengan menyertai Program Pembersihan Kawasan Padang Permainan dan Balai Raya  bermula pukul 8.00 pagi, Program ini turut disertai beberapa orang pekerja dari Majlis Perbandaran Jasin dan Jabatan Kerja Raya. Pihak Majlis turut membawa peralatan dan mesin seperti forklift lori dan chainsaw. Pihak JKR pula membawa JCB bagi membersihkan kawasan semak samun.
\


Program Gotong-Royong menjadi satu platform terbaik kepada ahli KRT untuk bersama-sama membersihkan kawasan persekitaran. Inisiatif yang diambil melalui peruntukan di bawah Geran Komuniti (G-KOM) memberi impak positif dalam usaha menjadikan kawasan persekitaran bukan sahaja bersih dan indah, tetapi juga turut mensasarkan pembasmian penularan wabak denggi di Serkam.

Program ini turut dikunjungi Pegawai Perpaduan Daerah Jasin En Mustafa Haron dan juga Penyelaras Dun Serkam, Ustaz Muhamad Kamal. Menurut beliau, program ini dapat memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat setempat dan pengunjung tentang kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar selain dapat menonjolkan semangat muhibah serta muafakat penduduk.


Menurut beliau lagi, inisiatif itu secara tidak langsung dapat mendidik orang ramai untuk bersikap lebih prihatin terhadap usaha memelihara dan mengindahkan kawasan persekitaran.
Setelah menikmati jamuan makan tengah hari kira kira jam 1.00 tengah hari, program ini berakhir.








AJK KRT KG TERSUSUN SERKAM DARAT (KTSD) 2019/20



BIL
NAMA
JAWATAN
1.            
DATUK HJ ZOLKOPLI B. HASHIM
PENGERUSI
2.            
HJ. SAHUDINA B. ARDIN
N.PENGERUSI
3.            
HJ WAHID B. RAKOB
SETIAUSAHA
4.            
EN MOHD ZAKI B. HUSIN
NAIB SETIAUSAHA
5.            
UST SAUFI BIN YUSOF
BENDAHARI
6.            
HJ TUBA NIHRIR B.HASSAN
TUNAS JIRAN
7.            
TN HJ MOHAMAD B IBRAHIM
JIRAN USIA EMAS
8.            
DR RUZAIDI B. ZAMRI
BIRO PENDIDIKAN
9.            
TN HJ ZAKARIAH B. JANTAN
BIRO SOSIAL& MEDIA
10.         
TN HJ JAINAL B. MD NOH
BIRO AGAMA
11.         
EN IBRAHIM B. DOLLAH
BIRO KESELAMATAN
12.         
EN. SUMADI B. KASMANI
PA SISTEM
13.         
TN HJ SALEH B. AHMAD
BIRO KEBAJIKAN
14.         
EN SAIFUL AZHAR B.MUSTAFA
JIRAN MUDA
15.         
EN HELMI B ALI HASSAN
JIRAN MUDA
16.         
PN  HJH FAUZIAH BT ALI
TUNAS JIRAN
17.         
DATIN ARTIS BT KASIM
BIRO LAWATAN
18.         
HJH HABIBAH BT AHMAD
JIRAN WANITA
19.         
PN YATI BINTI AMAT
JIRAN WANITA
20.         
EN RAZALI B, ABD AZIZ
BIRO KERAIAN
21.         
PN SHAHIRAN BT HAMID
BIRO KERAIAN
22.         
TN HJ  MUHAMAD B BAKAR
JIRAN USIA EMAS
JURUAUDIT
23.         
HJ OTHMAN B. LAJIS
BIRO KECERIAAN
JURUAUDIT

No comments:

Post a Comment