HARI KELUARGA DAN MESYUARAT AGUNG 2014
Kemuncak program 2014 menjadi penantian seluruh warga KTSD menjelang tarikh 6 Disember. Seawal jam 7.30 pagi warga KTSD mula memenuhi kawasan padang permainan dan gelanggang futsal. Bagaimanapun hujan renyai-renyai pagi itu memaksa kami beralih kepada Pelan B. Permainan futsal di gelanggang futsal tetapi sukaneka lelaki dan wanita beralih ke kawasan lapang berhampiran balai raya.
Setelah sesi pendaftaran, semua peserta mula memanaskan badan dengan melakukan senamrobik. Dua orang guru muda Zaquan Azman dan Hasif Shaari memimpin aktiviti ini. Semua peserta nampak bersemangat memulakan program hari keluarga ini.
Sebaik senamrobik selesai, kumpulan remaja dan junior lelaki beralih ke gelanggang futsal bagi memulakan pertandingan yang ditunggu-tunggu selama ini. Kaum bapa dan kaum ibu serta anak-anak perempuan memulakan program sukaneka. Pelbagai permainan di sediakan seperti balingan belon air, bowling padang dan sebagainya. Semua peserta telah menunjukkan kemahiran masing-masing.
Bagi pertandingan futsal permainan bertambah rancak apabila semua pasukan bersaing sengit antara satu sama lain. Sukaneka berakhir kira-kira jam 11.00 pagi manakala futsal jam 12.00 tengah hari.
Menjelang malam hari pula kira-kirajam 9.00 malam sekali lagi warga KTSAD memenuhi ruang balai raya bagi menunaikan tanggung jawab menghadiri mesyuarat agung KRT dan Badan Kebajikan. ADUN Serkam, YB Zaidi Atan telah hadir merasmikan mesyuarat. Mesyuarat kali ini telah berjaya merungkai beberapa masalah yang dihadapi oleh warga KTSD.
Sebelum bersurai diadakan majlis penyampaian hadiah futsal, sukaneka, masakan dan cabutan bertuah. Terima kasih kepada penderma-penderma barupa wang tunai mahupun hamper bagi pemenang cabutan bertuah. Sebelum berakhir kami menikmati jamuan yang disediakan berupa nasi ambeng dan minuman.
Terima kasih semua penduduk KTSD dan semua pihak yang telah membantu menjayakan Program Hari Keluarga dan Mesyuarat Agung KTSD 2014. Kira-kira jam 11.00 malam Mesyuarat Agung BKP dsan KRT KTSD melabuhkan tirai.
Semoga berjumpa lagi tahun 2015. Bersatu KTSD.
GOTONG-ROYONG TANAH WAKAF
Setiap hari Ahad pada hujung bulan, warga KTSD akan bergotong-royong membersihkan tanah wakaf. Gambar di atas dirakam pada 23 Dis 2014.
LAWATAN MAHA 2014
Sempena Pameran MAHA 2014 di Serdang Selangor warga KTSD tidak ketinggalan membuat kunjungan pada 22 November 2014. Sebuah bas disewa khas sempena lawatan ini. Kami berpeluang membeli anak-anak pokok, atau bunga serta tidak kurang yang nembawa balik buah-buahan, aneka makanan malah coklat sebagai ole-ole. En Ibrahim Dollah mengetuai rombongan ini. Kami mengucapkan terima kasih kepada Tn Hj Karim Jantan yang banyak membantu menjjayakan lawatan kali ini.
KAYUHAN SANTAI
Kayuhan santai berbasikal di kawasan taman malah sehingga ke Anjung Batu atau ke Merlimau Pantai khususnya pada setiap pagi hari minggu. Aktiviti ini di pelopori golongan Jiran Usia Emas diketuai Tn Hj Sahudina Ardin, Tn Hj Ebi dab Tn Hj Hashim.
GOTONG-ROYONG LANSKAP JALAN MASUK KTSD
Warga KTSD telah bekerjasama menanam pokok lanskap dalam usaha mengindahkan pintu masuk ke kampung ini. Keadaan cuaca yang hujan renyai-renyai tidak menghalang usaha ini sehingga selesai melaksanakannya kira-kira jam 11.00 pagi.
TEAM FUTSAL KTSD MULA BERAKSI
Pasukan Bola KTSD FC yang diketuai Hafiz Jaafar serta sebelas yang lain telah menampilkan persembahan dalam pertandingan Bola Sepak Pemuda Jasin di Politeknik Merlimau pada 12 Okt 2014. Bagaimanapun penampilan kali ini kurang bernasib. Bagaimanapun bagi pasukan Futsal wakil KTSD Taman Koperasi FC menunjukkan kemampuan sebenar apabila mampu menumbangkan pihak lawan bagi pusingan pertama dan seri di pusingan kedua. Pasukan ke-3 pula yang diketuai Mohd Haziq Zakaria juga telah menunjukkan kebanggan setelah berjaya menewaskan 2 pasukan lawan.
Diharap golongan remaja dan pemuda KTSD meningkatkan latihan dan berazam untuk membawa kejayaan yang lebih cemerlang. dalam segala lapangan. Syabas dan selamat berjaya.
KTSD FC |
Team Junior KTSD |
Team Koperasi FC |
Laporan oleh: Mohd Said Tuah, Izzudin, Zuhri dan Akram.
PROGRAM KORBAN AIDILADHA 1436H
Alhamdulillah.Syukur kepada Allah yang telah memanjangkan umur kita dan dapat lagi ketemu pada hari yang mulia ini. Hari Raya EdulAdha tahun ini jatuh pada hari Ahad 5 Okt 2014. Solat Sunat EdulAdha di Surau KTSD telah diimamkan oleh Ustaz Mahad. Syukur alhamdulillah surau kali ini penuh sesak dikunjungi warga taman.
Warga KTSD sekali lagi berkumpul di perkarangan balai raya bagi melaksanakan upacara korban. Empat ekor lembu telah tertambat di pinggir balai raya untuk dikorbankan sempena hari mulia ini. Dengan kerjasama penduduk taman, kami memulakan penembelihan bermula jam 10.30 pagi yang diketua Tn Hj Sahudina selaku peyembelih utama. Kira-kira jam 3.00 petang barulah selesai gotong royong memotong dan mengagig-agihkan daging korban.
Selawat dan salam untuk Nabi Mu Muhammad Sollallahu alaihi wasallam.Kami memohon syafaat mu pada Hari Berbangkit nanti dan juga untuk ahli keluarga dan sahabat-sahabat mu…Allahumma solli ‘ala Muhammad.Wa’ala ali Muhammad.
MAJLIS WALIMATULURUS ANAK EN OMAR ALIAS
Majlis perkahwinan Norlaila Hamidah dengan Mohd Solihin pada 15 Sept 2014 |
MAJLIS PENUTUP SAMBUTAN HARI RAYA EDULFITRI 2014
Acara kemuncak program Hari Raya KTSD ialah pada 23 Ogos 2014 atau malam 27 Syawal 1435H. Bermula jam 9.00 malam seluruh warga KTSD berkumpul di balai raya bagi memeriahkan acara kemuncak sambutan hari raya tahun ini. Kehadiran penduduk berpakaian kebangsaan aneka warna menjadikan keceriaan malam itu menarik perhatian setiap pengunjung. Selain itu program ini juga meraikan bakal haji warga KTSD tahun ini di samping penyampaian sumbangan kepada pelajar cemerlang SPM tahun 2013.
Penolong Pegawai Perpaduan dan Integrasi Nasional Daerah Jasin. En Mustafa Haron telah hadir sebagai tetamu utama kali ini. Program bermula dengan bacaan doa oleh Ustaz Alias Mahat diikuti persembahan marhaban dan qasidah oleh Kumpulan Qasidah KTSD. Pengerusi KRT Tn Hj Mohamad Ibrahim dan En Mustafa Haron telah menyampaikan ucapan diikuti aturcara penyampaian cenderamata kepada bakal haji dan pelajar cemerlang.
Akhir sekali semua hadirin menikmati jamuan makan yang disediakan secara aneka pilihan gerai seperti mee dan kuetiau serta nasi goreng, nasi lemak, roti canai dan sebagainya. Semua pengunjung rasa gembira dan pulang denga seribu kenangan. Pada jam 11.00 malam sambutan Hari Raya KTSD melabuhkan tirai
PROGRAM MARHABAN KTSD MERIAH
KRT KTSD bersama Badan Kebajikan Penduduk serta Badan Surau telah menganjurkan Program Marhaban tahun ini. Peogram ini yang bermula pada 13 Syawal telah berakhir pada 26 Syawal yang disertai hampir semua penduduk KTSD. Objektif utama di adakan program ini adalah sebagai pengisian sambutan hari raya dengan cara berselawat dan bermaaf-mafan. Selain itu program ini berupaya mengeratkan tali silaturahim antara penduduk disamping memupuk semangat kekeluargaan warga KTSD.
Pihak penganjur program merakamkan jutaan terima kasih kepada semua warga KTSD yang menyertai program marhaban ini khususnya yang telah membenarkan kediaman mereka dikunjungi anggota marhaban. Terima kasih juga kepada AJK KRT serta Tn Hj Zakariah Jantan yang telah merakamankan perjalanan marhaban setiap malam. Semoga program ini pada tahun - tahun berikutnya akan lebih meriah dan lebih banyak penduduk yang menyertai program ini.
SELAMAT HARI RAYA EDULFITRI 1435H/2014
Sambutan Hari Raya Edulfitri tahun ini disambut meriah bagi warga KTSD. Sambutan bermula dengan Takbir Raya selepas solat Isyak diikuti warga KTSD bertakbir dari rumah ke rumah. Sebanyak 14 buah rumah menyahut seruan ini dan kami mengucapkan terima kasih dan tahniah.
Pagi 1 Syawal dimulakan dengan gema takbir raya warga KTSD di Surau AlTaqwa. Tepat jam 8.45 pagi, Pengerusi Surau Ustaz Hasanuddin Al-Hafiz memberi taklimat ringkas sebagai panduan dan bimbingan kepada jemaah surau. Tahun ini solat Edulfitri dan khutbah raya di bawa oleh Ustaz Nazarul Mohidin.
Seperti biasa sambutan diceriakan lagi dengan sessi bergambar anak-anak muda dan wakil kaum bapa. Sesungguhnya kami amat berbangga dengan sambutan warga KTSD yang menunjukkan komitmen yang tinggi disamping wajah dan pakaian yang ceria. Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin.
MAJLIS KHATAM AL-QURAN PADA 27 RAMADAN
Alhamdulillah, pada 26 Julai 2014 (bersamaan 27 Ramadhan 1435H), telah berlangsungnya Majlis Khatam Al-Quran Surau AlTaqwa KTSD. Majlis berlangsung secara sederhana dijalankan sebaik selepas Solat Tarawih diketuai Ustaz Hasanuddin Al-Hafiz. Diucapkan terima kasih kepada para pembaca dan semua pihak terlibat.
MAJLIS IHYA RAMADAN KTSD
Sempena bulan Ramadhan Al-mubarak tahun ini, Surau KTSD turut mengadakan Program Ihya Ramadan pada 14 zzramadan bersamaan 12 Julai 2014.
Bermula dengan solat Isyak diikuti dengan solat tarawih yang diimamkan Ustaz Hasanuddin warga KTSD pelbagai peringkat tidak ke mana-mana menanti Program Ihya Ramadan pula. Majlis dipengerusikan En Razali dimulakan dengan ucapan YB ADUN Serkam En Zaidi Atan. Majlis diteruskan dengan ceramah agama Ustaz Md Ali Sungip Imam Masjid Merlimau Utara.
Program berakhir dengan jamuan dan bersurai kira-kira jam 11.00 malam.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK
Ya Allah, Ya Ramadan. Kehadiran Ramadhan, Limpahkanlah rahmad kepada saudaraku, Bahagiakan kami, Berikanlah kami kenikmatan dalam beribadah, dan kuatkanlah iman kami tetap semangat menjalankan perintah Mu, memberikan pengisian Ramadan yang bermakna.
Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah.
JOM BUAT DODOL
Bertempat di Balai Raya KTSD pada 22 Jun 2014 sekali lagi warga taman bersama-sama membuat dodol di samping memberi tunjukajar kepada warga taman menjelang sambutan Ramadan dan Aidill Fitri.. Hasilnya sungguh menggalakan dan telah berjaya menghasilkan dodol yang lembut dan enak. Sewajarnya kuih tradisional seperti dodol tidak harus dipupakan untuk dipelajari dan di martabatkan bagi kepenttingan jenerasi akan datang.
SAMBUTAN AMBANG RAMADAN PADA 19 JUN 2014
Penceramah Undangan Ustaz Ahmad Ismail Hafiz Al Azim |
Surau KTSD sekali lagi mengimarahkan surau menjelang bulan Ramadan Almubarak. Pada 19 Jun yang lalu warga KTSD memulakan program seawal bjam 6.30 petang. Majlis bermula dengan bacaan Yasin dan tahlil dibawah kepimjpinan Ustaz Hasanuddin AlHafis yang juga pengerusi surau yang baru. Di sini dapatlah para jemaah menghadiah pahala bacaan yasin dan tahlilb kepada arwah keluarga dan warga taman yang telah kembali ke rahmatullah.
Selepas solat maghrib pula para jemaah berpeluang mendengar ceramah daripada Imam Masjid Selat Melaka, Ustaz Ahmad Ismail Hafis Al Azim. Beliau memberi kupasa tentang penghayatan ramadan serta persediaan kerohanian terhadap kehadiran bulan ini, agar Ramadan benar-benar dapat memberi makna yang sebenar.
Sebelum bersurai selepas solat Isyak, semua hadirin menikmati juadah kuih-muih yang dibawa oleh penduduk serta jamuan soup yang begitu lazai. Tahniah AJK Surau dan warga KTSD.
DEMONSTRASI MASAKAN KARIPAP LAPIS
Tahniah diucapkan kepada barisan AJK Jiran Wanita kerana begitu aktif menjalankan aktiviti. Pada 15 Jun yang lalu 20 orang Jiran Wanita KRT KTSD telah melakukan program masakan membuat Karipap Lapis dibawah tunjuk ajar puan Shahirah Hamid. Hasinya sungguh menarik dan mereka bercita-cita untuk membuat industri kecil untuk dipasarkan. Tahniah.
"NISFU SYA’BAN DIANGKAT AMALAN "
Marilah kita meningkatkan ketaqwaan ke hadrat Allah SWT supaya hidup kita selamat di dunia dan di akhirat. Hari ini kita sedang berada di Bulan Sya'ban yang mulia. Insya Allah pada bulan hadapan kita akan berpuasa selama sebulan, sebagai satu ujian untuk menjadi insan-insan yang bertaqwa.
Dinamakan Bulan Sya'ban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak. Bagi mendapatkan kemuliaan dan ketinggian martabat, kita hendaklah banyak melakukan amal kebajikan, agar hati kita mampu ditundukkan dan dijinakkan untuk mentaati segala titah perintah Allah.
Pada malam Nisfu Sya'ban, buku catatan amal kita akan diangkat ke langit oleh para malaikat (Raqib dan Atid). Apabila tiba waktu perhitungan amalan, buku itu akan dipergunakan sebagai saksi utama bagi setiap manusia
Ustaz Hassan memimpin bacaan Yasin |
Sempena Malam Nisfu Syaaban ini Surau KTSD tidak ketinggalan menanjurkan sambutan pada 12 Jun 2014 selepas solat Maghrib. Ustaz Hasanuddin yang juga pengerusi surau telah memimpin bacaan Yassin dan Tahlil serta menyampaikan tazkirah kepada para jemaah.
Kita memohon agar Allah membantu kita dan seluruh umat Islam untuk berpegang teguh kepada Sunnah dan menjauhi segala yang bertentangan dengannya, kerana Dialah yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Semoga Allah merahmati Pesuruh dan UtusanNya, Nabi kita Muhammad s.a.w, serta kesemua ahli keluarga dan Para Sahabat baginda.
MAJLIS SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ
Israk ialah perjalanan nabi Muhammad s.a.w.dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di Plestin. Manakala Mikraj pula perjalanan Rasulullah s.a.w. dari Masjidil Aqsa naik ke langit. Peristiwa ini berlaku pada 27 Rejab.
Sehubungan itu Surau AlTaqwa KTSD turut menyambut hari kebesaran ini pada 28 Mei 2014 selepas solat Maghrib. Ustaz Omar Man telah diundang untuk menyampaikan ceramah sempena peristiwa besar ini.
Ustaz Omar Man |
Menyedari hakikat inilah , maka program ini dilaksanakan agar dapat menyingkap rahsia kebesaran malam tersebut. Oleh itu ia memberi peluang untuk meningkatkan ketakwaan dan keimanan kepada Allah Taala
QASIDAH KTSD DI RUMAH EN ALIAS KHAMIS
Kumpulan Qasidah KTSD sekali lagi membuat persembahan dalam majlis akad nikah di rumah En Alias Khamis pada 28 Mac 2014. Persembahan kali ini semakin mantap dengan kehadiran penyanyi solo seperti Nasrul Adli Jainal, Mohd Amnan Mohd Sani dan Mohd Fahim Hasanuddin. Kehadiran sifu Hj Sukiman juga memberi semangai kepada semua ahli. Semoga KTSD terus berselawat.
SAMBUTAN MAULIDURRASUL KTSD 2014 MERIAH
Sambutan Maulidur Rasul KTSD tahun ini lebih menarik dengan penglibatan pelbagai acara. Tahun ini kami menyambutnya pada hari Sabtu 16 RabiulAwal 1435H bersamaan 18 Jan 2014.
Seawal jam 8.00 pagi, majlis dimulakan dengan perarakan sambil berselawat ke atas Rasulullah mengelilingi taman sejauh kira-kira 2 km bermula dari Surau KTSD dan berakhir di surau juga. Selain penduduk KTSD perarakan juga disertai pelajar-pelajar Madrasah Darul Ulum Jasin serta Tuan Guru Ustaz Salleh b. Hamzah.
Majlis diteruskan di Surau KTSD dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Adik Nurul Athirah bt Azrae serta Mohd Amnan b. Hj Mohd Sani. Majlis kali ini lebih meriah dengan persembahan Kumpulan Qasidah KRT KTSD yang menyampaikan dua lagu Ya Thoiba dan Ya Hanana. Syabas kepada semua peserta.
Bacaan ayat-ayat suci AlQuran oleh Nurul Athirah bt Azrae |
Persembahan Qasidah daripada Kump Qasidah KRT KTSD |
Ust Sani Pengacara Majlis |
Ust Hj Salleh Hamzah dari Madrasah Darul Ulum |
Sambutan Maulidur Rasul kali ini memberi pengertaian besar kepada semua hadirin untuk mengetahuai dan menghayati perjuangan Rasulluah menegakkan Agama Islam. Semoga kasih sayang kita terhadap Rasulullah semakin erat bagi mengukuhkan keimanan terhadap Allah Azzawajalla. Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat memberi segala .....kemanisan satu perjuangan dalam menegakkan agama Islam. Amin.
No comments:
Post a Comment