MALAM SEKALUNG BUDI RUKUN TETANGGA NEGERI MELAKA

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Melaka (JPNIN) telah mengadakan Majlis Malam Sekalung Budi Rukun Tetangga bagi meraikan dan menghargai sumbangan AJK Rukun Tetangga negeri Melaka di Dewan Tun Ali pada 19 Dis 2012 jam 8.00 malam. KRT cemerlang dalam pelbagai katogeri telah menerima penghargaan dari wakil Ketua Menteri Datuk Hj Ghazali Mohamad. Kira 2000 orang AJK KRT seluruh negeri Melaka telah hadir dalam suasana yang meriah.


WALIMATUL URUS FIKREE DAN FATHANAH

En. Kamil Awang dan Pn Hanirawati Ahmad pula berjaya mengadakan majlis menyambut menantu bagi pasangan Ahmad Fikree dan Nur Fathanah pada 9 Disember 2012 dalam suasana yang cukup meriah. Majlis gotong royong telah dijalankan sejak 8 Disember oleh warga KTSD.
MAJLIS PERKAHWINAN SAKINAH DAN KHAIRI
Pada 18 November 2012 Tn Hj Mohyeddin dan Pn Hjh Aminah telah berjaya melangsungkan majlis walimatulurus anak perempuan mereka, Nurul Sakinah dengan pasangannya Mohd Khairi b. Mohd Zuki. Didoakan pasangan ini bahagia dan jodoh mereka berkekalan.
. SELAMAT PENGANTIN BARU NAZERI DAN ILA
Mohd Nazeri b. Jafpar telah mengakhiri zaman bujangnya apabila bertemu pasangan hati Nur Fadzilah bt. Rosely. Majlis menyambut menantu telah diadakan di rumah En Jafpar Abd Rashid pada hari Ahad 2 Disember 2012. Jamuan makan disediakan secara gotong royong warga KTSD sejak petang hari Sabtu lagi. Kaum keluarga En Jafpar juga membantu persiapan sejak awal-awal lagi.
Semoga Allah memberkati dan melimpahkan berkat kepada kedua-dua pengantin.
PESERTA KTSD JUARA PERTANDINGAN IHTIFAL
Pada 1 Disember 2012 bertempat di Surau Az-Zakirin Taman Seri Serkam KRT KTSD telah menyertai tiga katogeri pertandingan ihtifal anjuran KRT Taman Seri Serkam. Ternyata tidak sia-sia apabila peserta KTSD telah mengungguli kategori Azan melalui peserta pilihan Muhammad Amnan bin Hj Muhamad Sani. Tempat kedua pula disandang Mohd Mualim b. Hj Awaldin. Bagi katogeri Hafazan Lelaki Mohd Farhan b. Hasanudin mendudki tempat kedua dan tempat ketiga milik Mohd Fahim Hasanudin. Nurul Basyirah Hasanudin pula memperoleh tempat ketiga katogeri hafazan perempuan. Syabas dan tahniah kepada semua peserta yang berjaya.
Bagi pihak KRTKTSD juha mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada ibu bapa anak-anak yang sudi mengambil bahagian dalam aktiviti KRT. Terima kasih juga kepada AJK KRT khususnya Tn Hj Sahudina kerana telah berjaya mengurus peserta dengan baik.
IBADAH KORBAN DI KTSD PADA 11 ZULHIJJAH 1433H
![]() |
Lembu korban dah tumbang, apa lagi. |
Korban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada tenakan yang diketegorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub(mendekatkan diri) kepada Allah.
![]() | ||
Inilah tukang sembelih yang tak asing lagi |
Surau KTSD Serkam Darat telah melakukan ibdah korban pada pagi hari Sabtu,11 Zilhijjah 1433H bersamaan 27 Oktober 2012. Surau KTSD telah menyembelih 2 ekor lembu hasil usaha Cikgu Salleh Ahmad dan AJK Surau. Sebahagian besar warga KTSD khususnya pemuda dan kaum adam telah bergotong-royong membantu melaksanakan ibadah korban hingga selesai. Semua warga KTSD mendapat pembahagian daging dan mengucapkan terima kasih.
![]() |
Ibadah korban memberi pengertian besar dalam Islam |
![]() |
Gotong-royong melapah dan membahagi daging |
![]() |
Rasa berat juga, tapi takpe tahan je. |
![]() |
Hehe, tiru macam saya. |
![]() |
Ha nampak ni, siapa nak? |
Islam mensyariatkan ibadah korban itu sebagai salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala sebagai mana sering kita ikrarkan dalam sembahyang "Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah untuk berbakti kepada Allah Subhanahu Wata'ala.” Ibadah korban juga adalah sebagai melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT di atas segala nikmat dan rezeki yang telah diberikan-Nya.
MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI DAN MERAIKAN BAKAL HAJI KTSD 2012



Keseluruhan majlis disambut dalam suasana yang amat meriah dan berakhir kira-kira jam 11.00 malam.
Amalan marhaban memang menjadi pelengkap kepada sambutan Syawal di taman ini sejak pembukaan kampung ini kira-kira 19 tahun yang lalu. Selepas solat Isyak warga KTSD akan keluar beramai-ramai secara berkeluarga berkunjung dari rumah ke rumah sambil berselawat dan mendoakan kesejahteraan keluarga bermula dari pada hari raya yang kesepuluh. Kini walaupun telah hampir ke penghujung bulan Syawal amalan ini masih memdapat sambutan yang meriah.



Diharapkan program marhaban akan terus berkekalan dan mendapat sambutan seluruh warga taman. Kepada warga baru diseru supaya mengambil kesempatan ini sebagai satu amalan baru yang perlu diikuti oleh semua penduduk. Semoga ikatan perpaduan warga taman ini semakin erat dan teguh.






MAJLIS PERKAHWINAN LILI RAIHAN DAN AHMAD ZULHILMI
PADA 24 DAN 25 OGOS 2012
Dalam suasana sambutan Aidilfitri, warga KTSD turut meraikan Majlis Walimatul Urus pasangan pengantin di rumah Pengerusi KRT KTSD Tn Hj. Wahid b. Rakob dan Pn. Hjh Fauziah bt Ali. Kedua-dua mempelai Lili Raihan bt Hj Wahid dan Ahmad Zulhilmi b. Dr Hj Yusof merupakan pasangan doktor perubatan lepasan First Moscow State University, Russia.

Majlis dimulakan dengan upaca menyarung cincin oleh ibu pengantin lelaki. Selepas solat Isyak majlis diteruskan dengan upacara akad nikah. Imam 1 Masjid Serkam Darat Tn. Hj. Yusof serta Datuk Sidang Ramli serta pegawai syarak dan adat telah datang bagi menyampurnakan majlis. Bapa pengantin perempuan, tn. Hj. Wahid telah menikahkan sendiri pasangan ini dengan disaksikan semua pegawai dan kaum keluarga. Percikan bunga api dinyalakan menandakan majlis akad nikah telah berjaya dilaksanakan.

Keesokan harinya 25 Ogos majlis bermula majlis dengan pengantin perempuan memperdengarkan bacaan Quran dalam Majlis Khatam Quran seawal jam 9.00 pagi. Semua khemah telah berhias cantik dengan tema purple belacan menjadi pilihan. Jam 11.00 pagi bermulalah majlis resepsi apabila Tn Hj. Ayub Samsuri membacakan doa selamat. Para tetamu mula tiba memenuhi ruang dam meja makan bagi 11 buah khemah yang telah disediakan. Dianggarkan 2000 orang jemputan telah hadir terdiri daripada warga KTSD, sanak saudara, sahabat handai serta anak didik Tn Hj Wahid dan Pn Fauziah. Terima kasih atas kesudian kunjungan semua jemputan.
Ketibaan pengantin lelaki jam 12.30 tengah hari telah disambut oleh paluan kompang diiringi bunga manggar. Persembahan silat pengantin menambahkan majlis bertambah indah. Tidak ketinggalan sanak saudara dan warga KTSD mengenakan tol sebagai tebus pelamin bagi menambahkan keriuhan dan kecerian majlis. Majlis bersanding dan tepung tawar dijalankan oleh ahli keluarga.
Majlis diteruskan lagi dengan makan beradat. Namun sebelum itudiadakan upacara ambur-ambur yang memberi peluang kanak-kanak merebut duit dan cokelat yang diamburkan oleh pasangan pengantin. Majlismemotong kek dijalankan diikuti majlis Makan Beradat. Majlis meraikan pengantin berakhir kira-kira jam 3.30 petang. Para jemputan dan sanak saudara beransur pulang meninggalkan majlis dengan seribu kenangan. Selepas bersalam-salaman, kedua-dua mempelai juga meninggalkan majlis untuk aturcara outdoor shooting.
Alhamdulillah, perjalanan majlis lancar dan meriah. Syukur, cuaca juga baik sepanjang majlis berjalan.
KEHADIRAN SYAWAL 1433 H DI KTSD
![]() | |||
Ustaz Hasanuddin AlHafiz |
Menjelang malam hari raya, selepas solat Isyak, warga KTSD memulakan sambutan Syawal dengan bertakbir dari rumah ke rumah. Amalan bertakbir bagi memuji, mengagungkan dan bersyukur ke hadrat Allah kerana telah mengekalkan kita di atas jalan petunjuknya, berada di dalam nikmat iman dan berjaya melaksanakan perintah puasa. Lafaz takbir mengandungi pengertian yang sangat penting dalam menyucikan hati daripada sifat keji, terutama syirik, bongkak dan sombong.
Solat sunat hari raya keesokannya telah diimamkan oleh Ustaz Hasanuddin AlHafiz disamping bacaan khutbah. Tahun ini merupakan kali kedua solat aidilfitri diadakan di Surau KTSD. Seluruh warga KTSD serta lelaki dan wanita tidak ketinggalan memenuhi surau dengan pakaian aneka warna.
Solat sunat hari raya keesokannya telah diimamkan oleh Ustaz Hasanuddin AlHafiz disamping bacaan khutbah. Tahun ini merupakan kali kedua solat aidilfitri diadakan di Surau KTSD. Seluruh warga KTSD serta lelaki dan wanita tidak ketinggalan memenuhi surau dengan pakaian aneka warna.
Dalam ertikata sebenarnya, Aidilfitri merupakan hari meraikan kejayaan bagi orang-orang yang telah melaksanakan ibadah yang dituntut di bulan Ramadan iaitu ibadah puasa. Mereka berhak bergembira menyambut Aidilfitri. Rasulullah (saw) bersabda:

SAMBUTAN NISFU SYAABAN MENJELANG BULAN RAMADHAN
Bulan Syaaban muncul lagi. Syaaban menandakan umat Islam semakin menghampiri Ramadhan. Marilah kita sama-sama merenung sejenak apakah pengertian Syaaban dan Malam nisfu Syaaban. Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab. Bulan Syaaban juga merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa
.
Biro Agama KTSD tidak ketinggalan melaksanakan kenduri kesyukuran dan ceramah agama di Surau KTSD pada 14 JULAI 2012. Penduduk taman telah bergotong-royong melapah lembu dan masak sejak jam 10.00 pagi.
Doa selamat dan tahlil dijalankan sebelum solat maghrib. Selepas solat maghrib pula kami mendengar ceramah tentang kelebihan bulan Syaaban oleh Ustaz Hasanudin b. Md Said. Jamuan makan pula diadakan selepas solat Isyak.
Pada bulan Ramadan seperti biasa surau kami dipenuhi jemaah melakukan solat Tarawikh. Sebahagian jemaah terus berada di surau meneruskan ibadah dengan melakukan tadarus alquran. Semoga warga KTSD dan seluruh umat Islam mendapat keberkatan.
4 ORANG WARGA KTSD MENYERTAI EXPLORACE SUNGAI MELAKA 2012

Dengan penuh semangat sukan mereka mengibar bendera KTSD menyertai cabaran ini dengan pelbagai ujian dan rintangan yang mencabar minda dan fizikal para peserta.
Semangat dan kerjasama amat penting untuk peserta berjaya melepasi cabaran.

Tidak sia-sia, setelah melalui cabaran getir akhirnya mereka berjaya membawa hadiah sebagai pemenang kelima dan keenam. Tahniah dan cuba lagi.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Setiap tahun apabila sampai tanggal 27 Rejab umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan peristiwa Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekkah ke Madinah.
Apabila berbicara tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa.
01.Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
02.Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
AJK Surau KTSD tidak ketinggalan menganjurkan majlis ini pada 16 JUN 2012 jam 8.00 malam. Sebahagian besar penduduk dari semua lapisan telah hadir mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Rizal b. Shafie dari SMK Bukit Katil. Cikgu Salleh Ahmad selaku pengacara pada malam itu. Terima kasih kepada AJK Surau yang diketuai Tn Hj Muhamad b. Bakar. Terima kasih juga kepada penduduk yang hadir kerana telah dapat memakmurkan surau kita
.
.
HARI KELUARGA KRT KTSD MERIAH
Bergambar ramai bersama YB Datuk Ghazale. En Mohd Sulaiman dan En Mustafa dari Jab. Perpaduan Jasin
Sambutan meriah penduduk sempena sambutan Hari Keluarga Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Persatuan Penduduk KTSD , membuktikan betapa masyarakat kini semakin sedar kepentingan hidup dalam perpaduan.
Program ini berlangsung di Padang Futsal Kolam Air Panas Bemban Jasin pada 2 Jun 2012. Lebih 120 orang warga KTSD daripada 26 keluarga yang hadir telah memulakan cabaran seawal pagi apabila sesi Pencarian Harta Karun bermula dari dalam taman lagi.
Selain dapat mengeratkan hubungan silaturahim, program ini turut mencabar minda peserta di samping dapat beriadah bersama keluarga.
![]() |
Siti Hajar selaku pengacara |
![]() |
YB Datuk Ghazale bersama AJK dan tetamu |
Terima kasih kepada individu ataupun pihak swasta yang telah menyumbang wang ringgit atau barangan bagi menjayakan program ini. Tidak kurang juga kami mengucapkan terima kasih atas kehadiran ADUN Serkam Datuk Ghazale Muhamad, Pegawai Perpaduan Daerah Jasin En Muhammmad Sulaiman bin Markumi serta En Mustafa Haron.
Pada kesempatan ini kami turut meraikan kejayaan anak-anak warga KTSD yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM Tahun 2011. 3 orang memperoleh 5A dalam UPSR iaitu Nurul Hanani bt Dr Saharudin, Zulika bt Mohd Tahir dan Syarifah Nur Nazifah bt Mohd Azmi. 4 orang pula memperoleh 8A dan 9A dalam PMR 2011 iaitu Zahidah Faqeehah bt Hj Azmi, Mohd Naqib b. Hj Johari, Lukman Alhakim b. Hj Wahid dan Filzah Darwisyah bt Jamaludin. 3 orang memperoleh minimum 8A SPM ialah Ummi Syahirah bt Jamaludin, Mohd Fakhru Ridwan b. Mohd Azmi dan Zulfadli b. Kol Zolkopli.
Masing-masing pulang membawa hadiah, bermakna program kali ini memang tidak menghampakan semua orang. Pada jam 12.00 tengah hari program sukaneka berakhir, namun warga KTSD meneruskan percutian untuk menikmati rendaman air panas di Kolam Air Panas Bemban. Peserta Hari Keluarga pulang dengan keletihan tetapi kegembiraan tetap terpahat dalam sanubari mereka.
_______________________________________________________________
WARGA KTSD ZIARAH HJ AHMAD FUADI

Alhamdulillah tahap kesihatan beliau bertambah baik. Seluruh warga KTSD mendoakan agar beliau cepat sembuh dan menerajuai semula KRT KTSD.
PERTANDINGAN BOWLING TERTUTUP KTSD 2012
Persatuan Penduduk dengan kerjasama KRT KTSD telah berjaya menganjurkan Pertandingan Bowling untuk warga KTSD dalam suasana yang ceria dan meriah. Pertandingan berlangsung di Pusat Bowling Antarabangsa Ayer Keroh (MIBC) pada 25 Mei 2012 jam 8.30 malam hingga 11.00. Pertandingan ini adalah aktiviti persatuan penduduk serta KRT yang diurus oleh semua AJK diketuai Tn Hj Zakariah Jantan.

Bagaimana pun kami telah mendapatkan pemain-pemain berbakat sebagai pemenang dalam pelbagai kategori.
LELAKI DEWASA
JOHAN
|
Hj Zakariah b. Jantan
|
KEDUA
|
Hj Ebee b. Abd Kadir
|
KETIGA
|
En Roslaileb. Md Sharif
|
KEEMPAT
|
Hj Johari b. Md Sood
|
KELIMA
|
En Khalil b. Abd Rahim
|
JOHAN
|
Hjh Roslina
|
KEDUA
|
Pn Marlia
|
KETIGA
|
Norashikin
|
KEEMPAT
|
Akilah
|
KELIMA
|
Pn Rusnaini bt Tunggak
|
JOHAN
|
Mohd Izzat b. Wahid
|
KEDUA
|
Mohd Haziqb. Zakariah
|
KETIGA
|
Mohd Naqib b. Johari
|
KEEMPAT
|
Hambali b. Mohamad
|
KELIMA
|
Hafiz b. Jaafar
|
KATEGORI KHAS
Jatuhan Pin Tertinggi L
|
Hj Ebee b. AbdKadir
|
Jatuhan Pin Tertinggi P
|
Hjh Roslina
|
Hadiah Misteri (JPPS)
|
Hjh Fauziah bt Ali
|
Pengerusi Persatuan Penduduk Tn Hj Mohamad Ibrahim melaksanakan majlis penutup dan Pengerusi KRT Tn Hj Wahid Rakob menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.
LAWATAN KRT BUKIT TUNGGAL KE KTSD PADA 22 APRIL 2012
Ucapan Pen Pegawai Perpaduan Jasin En Mustafa Haron. |
![]() |
AJK KRT KTSD dan KRT Bukit Tunggal bergambar bersama Pen. Pegawai Perpaduan Jasin, En. Mustafa Haron |
Ketibaan Rombongan KRT Bukit Tunggal. |
Majlis Ramah Mesra |
Barisan AJK |
Bertukar-tukar cenderamata. |
______________________________________________________________________
LAWATAN KE LANGKAWI 13 HINGGA 16 APRIL 2012
Lawatan ke Pulau Langkawi ini diadakan bertujuan memberi peluang kepada ahli KRT KTSD melawat tempat-tempat menarik di PulauLangkawi disamping menimba pengalaman baru dan menjalin hubungan perpaduan dengan rakan KRT di Pulau Langkawi iaitu KRT Bukit Tunggal
Aktiviti lawatan ini bermula pada 13 April 2012. Semua peserta lawatan berkumpul di Balai Raya KTSD jam 8.00 malam. Selepas solat Isyak semua peserta menaiki bas yang dusewa khas bertolak ke Kuala Perlis melalui lebuhraya PLUS. 40 orang ahli KRT bersama keluarga menyertai lawatan ini yang diketuai oleh Tn Hj Muhamad b. Ibrahim.
![]() |
Kami sampai di Kuala Perlis jam 8.00 pagi dan menaiki feri ke Pulau Langkawi jam 9.00 pagi 14 April 2012. Sebuah bas telah menunggu kami untuk membawa ke Hotel Akasia di Bandar Kuah untuk ‘Check Inn.’ Kami memulakan lawatan pada jam 11.30 pagi ke Lokasi Beras Terbakar sambil membeli-belah. Setelah menikmati makan tengah hari kami menunaikan solat di masjid berhampiran. Pada hari kedua ini kami mulakan membeli-belah di Gedung Idaman Suri dan Haji Ismail Group. Jam 6.00 petang kami pulang ke hotel. Pada sebelah malam kami makan malam di kedai-kedai makan berhampiran dan pulang ke hotel kerana hujan telah turun.
Pada 15 April, setelah bersarapan jam 8.30 pagi, kami membawa barangan masing-masing memulakan lawatan ke Geo Park . Kami menaiki tiga buah boat
memulakan lawatan yang banyak memberi pengalaman berharga kepada peserta. Destinasi pertama kami ialah Gua Kelawar. Semua peserta berjalan kaki memasuki gua yang gelap tempat habitat kelawar. Alam semulajadi yang kami lalui memperlihatkan batu batan dan lapisan yang menakjubkan. Tumbuh-tumbuhan dalam kawasan Geo Park ini ada yang dipercayai telah berumur lebih 500 tahun seperti sepohon kelapa hutan yang tumbuh di tebing bukit.

Jam 12. 00 tengah hari kami menuju ke Gunung Mat Cincang untuk menaiki keteta kabel. Pengalaman menaiki kereta kabel setinggi 713 meter menjadikan panorama di gunung batu kapur ini amat menakjubkan. Penumpang menaiki gondola menuju puncak gunung.
Terdapat jambatan gantung ( Sky Bridge) yang menjadi daya tarikan pelancong.


Keesokan pagi setelah bersarapan kami check out pada jam 8.00 pagi. Kami menaiki feri pada jam 8.30 pagi dan sampai ke Kuala Perlis jam 10.00 pagi. Dalam perjalanan pulang kami singgah di Pekan Rabu Alor Setar, R&R Sungai Perak dan Ulu Bernam. Kami sampai ke Kampung Tersusun pada jam 1.00 pagi dengan selamat. Syukur alhamdullillah .
__________________________________________________________________
Tahun 2013 KRT akan membuat lawatan ke Jakarta dan Bandung. Siapa nak ikut boleh bersedia.
ReplyDeleteSetakat ini belum ada respon dari warga KTSD. Kita boleh juga melawat Universal Studio Pulau Sentosa Singapura. Bagaimana?
ReplyDelete