2 Jan 2013

NAZAM SAUTU SERKAM




Kumpulan Nazam Sautu Serkam dari KTSD sekali lagi diberi peluang memeriahkan Majlis Tilawah dan Hafazan peringkat kebangsaan kali ini. Kumpulan Sautu Serkam mengalunkan dua lagu iaitu Nazam Kreatif Lambaian Wahyu dan Nazam Arab Syafaat Al-Quran dalam persembahan pada 2 April di Dewan Seri Negeri Ayer Keroh Melaka.

 
Pertandingan Nazam Negeri Melaka


Kumpulan ini diketuai Ustaz  Hj Haris Mahat juga selaku suara utama kumpulan ini disamping Hj Awaluddin Mohd Nazir dan Ustaz Azraie Abd Haq. Ahli kumpulan seramai 15 orang terdiri daripada penduduk KTSD.

Persembahan dalam Majlis Tilawah 2017

Kumpulan  Nazam Sautu Serkam telah  ditubuhkan   pada tahun  awal 2006 atas  keinginan  menghidupkan kembali budaya nazam yang berakar umbi dari bumi Hang Tuah ini. Pada 28 Mac  2006 kami  berjaya  dinobatkan sebagai Johan dalam Pertandingan Nazam Peringkat Negeri  Melaka di Panggung Seni Ayer Keroh anjuran   Jabatan Kebudayaan Negeri Melaka.

 
Persembahan dalam Tilawah Kebangsaan 2007



Selepas itu Kumpulan Nazam Sautu Serkam banyak menerima undangan di sekitar negeri Melaka. Antaranya Persembahan Khas dalam Majlis Perasmian Bazar Ramadan Peringkat Kebangsaan di Melaka Sentral pada 30 Sept 2006, Pada 17 Jan 2007 bertempat di Mini Malaysia Jabatan Kebudayaan mengundang kami dalam persembahan khas Majlis Kahwin-Kahwin Melaka. 
 
Di Melaka Sentral pada 30  Sept2006
.Persembahan  utama tahun  2007 ialah pada 19 Julai apabila kami membuat persembahan dalam  Majlis Pembukaan  sempena Majlis Tilawah  Kebangsaan Peringkat Kebangsaan di MITC Melaka yang disiarkan secara langsung di TV1. Pada 18 Nov 2008 persembahan kami di Dewan Sek Teknik Jasin bagi meraikan peserta bakal haji  Daerah Jasin
 
Persembahan di Stadium Kubu Melaka



Pada 16 Mei 2008 pula kami melakukan persembahan sempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Dewan Seri Negeri Ayer Keroh. Pada tahun 2010 bertempat di MITC sekali lagi kami diundang dalam Majlis Perasmian Majlis Menghafal Al Quran Peringkat Kebangsaan. Dalam Majlis Khatam Al-Quran Perdana Malaysia Book of Record 2010 persembahan dijalankan juga di MITC Melaka. Pada 24 Jan 2013 sempena  Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Negeri Melaka kami membuat persembahan di Stadium Kubu Melaka.
Persembahan dalam Majlis Tilawah Jab Kesihatan.
Persembahan terkini ialah pada 25 April 2017 kami telah diundang dalam Majlis Penutup Majlis Tilawah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Di Dewan Bomba Bukit Katil Melaka.Terdapat pelbagai lagi undangan dalam majlis-majlis lain seperti majlis perkahwinan, meraikan bakal haji dan pelbagai lagi di sekitar negeri Melaka dan Negeri Sembilan.

                      Persembahan Nazam  Sempena Tilawah Kebangsaan 2007 di MITC          




  Persembahan Nazam  Sempena Tilawah Kebangsaan 2017 Di Seri Negeri













No comments:

Post a Comment