MAJLIS MAULIDUR RASUL KTSD 21
Alhamdullillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat kita sekali lagi menyambut Maulidur Rasul KTSD bagi tahun 1443 Hijrah pada 19 Oktober 2021. Majlis diadakan di Surau At Taqwa bermula selepas solat Maghrib.
Semangat Maulidur Rasul perlu terus disemarakkan dan disemai dalam jiwa setiap umat Islam sebagai bukti ketulusan cinta kita terhadap Rasululullah SAW biarpun kita menyambut dalam suasana yang sederhana dalam norma baharu.
Sebagai melahirkan rasa cinta terhadap Rasulullah majlis di mulakan dengan alunan bacaan Berzanji yang merupakan syair puji-pujian khususnya sewaktu kelahiran nabi junjungan. Kumpulan Berzanji KTSD diketuai Ustaz Haris dan Ustaz Suhaimi serta para pembaca telah mengalunkan syair Arab ini disulami alunan selawat dan marhaban berkumandang.
Selain itu para Jemaah juga dapat mendengar bacaan ayat-ayat suci alunan Mohd Amnan Hj Mohd Sani dalam pelbagai versi ala imam Masjidil Haram. Anak-anak hafiz dan hafizah KTSD turut diraikan dengan pemberian cenderahati oleh pihak surau.
Maulidur Rasul yang kita sambut pada hari ini, hakikatnya bukanlah sekadar sambutan hari lahir Baginda Rasulullah SAW semata-mata. Tetapi ia membawa suatu makna yang amat besar kepada seluruh manusia.
Dalam konteks kemanusiaan, Rasulullah adalah model dalam mengangkat ukhuwah insaniah atau persaudaraan kemanusiaan. Baginda berusaha menghapuskan apa jua bentuk diskriminasi atas nama agama, bangsa, warna kulit mahupun keturunan.
Semoga sambutan Maulidur Rasul kali ini dapat menanamkan rasa cinta ummah terhadap Rasulullah. Tahniah kepada pengerusi dan AJK Surau AtTaqwa kerana telah Berjaya Menyusun dan melaksanakan sambutan ini dengan jayanya.
TABUNG KEBAJIKAN DAN ASNAF KTSD
Mesyuarat AJK pada 25 Mac 2021 bersetuju menubuhkan
Tabung Bantuan Kebajikan dan Asnaf bagi warga KTSD dan penduduk persekitaran. Persatuan
Penduduk, KRT KTSD bersama badan Surau akhirnya Berjaya melaksanakan program
ini. Rancangan awal program menyediakan ‘food basket” menjelang sambutan
Ramadan dan Syawal tahun ini. 2 orang AJK dilantik mengurus tabung iaitu Tn Hj
Saleh Ahmad dan Tn Hj Zakariah Jantan.
Mesyuarat bersetuju Persatuan Penduduk menyumbang rm
500.00 kepada TKKTSD. Sumbangan utama adalah melalui kutipan dana daripada
infaq warga KTSD sendiri.
Setakad ini program ini telah berjaya menghulurkan
bantuan sebanyak 2 kali sumbangan kepada 20 buah keluarga dalam KTSD dan
masyarakat persekitaran Kampung Serkam Darat. Pengagihan pertama pada 12 April dan menjelang Syawal bantuan disampaikan pada 6 Mei 2021.
SEMARAK
JALOR GEMILANG KTSD 2021
Saban tahun
KRT KTSD tidak ketinggalan akan terus memberi sambutan atas semangat patriotic dan
cintakan negara dengan mengibar jalor gemilang di setiap penjuru Kawasan. Jalor
gemilang akan dikibarkan terutama di pintu masuk, balai raya, surau, padang
permainan dan jalan-jalan utama.
Kali
ini KRT dan Persatuan Penduduk KTSD terus menyemarakkan lagi dengan mengadakan
pertandingan Kibar Jalor Gemilang di rumah masing-masing. Suasana meriah dan
membara semangat patriotic akan terasa apabila melihat jalor gemilang berkibar
dengan megahnya di seluruh Kawasan.
Panel
penilai turut dilantik untuk menilai para peserta yang mengambil bahagian.
Penilaian dijalankan sebanyak 3 kali oleh 3 orang juri sepanjang masa
pertandingan. Hadiah-hadiah disampaikan pada 16 September oleh Pengerusi KRT
KTSD Datuk Zolkofli Hashim. Selain pemenang semua peserta turut menerima hadiah
saguhati berupa hamper makanan.
Diharapkan
semua warga KTSD akan terus melihat program Kibar Jalor Gemilang sebagai wadah
utama menunjukkan bagaimana kita harus bersyukur atas kemakmuran negara di
samping menanamkan semangat patriotic terhadap bangsa dan negara tercinta.
PROGRAM FOOD BANK (GEROBOK REZEKI) KTSD
Program Food Bank KTSD merupakan bantuan sosial kepada keluarga KTSD dan masyarakat prsekitaran yang, menghadapi masalah kesihatan berpanjangan atau keasempitan hidup pada waktu pendemik Covid 19 ini. Satu usaha telah dijalankan oleh KRT dan Persatuan Penduduk dengan mengumpulkan dana daripada penduduk KTSD dan tabung KRT serta persatuan. Hasil kutipan dapatlah digunakan untuk pembelian barang keperluan seterusnya diagih-agihkan kepada penduduk yang memerlukan. Program ini berlangsung seminggu mulai 8 Julai 2021.
Penerima akan mengambil bekalan yang diperlukan
sahaja tidak melebihi 5 item bagi satu masa/hari dan merekodkan dalam buku yang
disediakan.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancer seperti yang
dijadualkan. Terima kasih kepada semua penyumbang, semoga sumbangan anda dapat
melegakan sedikit masalah individu yang memerlukan. Hanya Allah jua yang dapat
membalas jasa penyumbang.
PROGRAM TADARUS DAN MOREH
Program Ramadan tahun ini sekali dijalankan dalam suasana norma baru PKP. Bagaimanapun selepas solat tarawiikh antara 15 hingga 20 orang jemaah lelaki dan kira-kira 10 orang jemaah perempuan masih terus menghidupkan suasana ramadan dengan ptogram tadarus.
PERTANDINGAN BADMINTON TERTUTUP KTSD
Kejohanan ini berlangsung pada 10 April 2021(Sabtu) di Dewan Japerun Serkam. Program yang bermula jam 8.00 pagi, berakhir jam 5.00 petang.
Hampir 40 0rang warga KTSD menyertai kejohanan ini dari pelbagai lapisan usia. Sambutan agak meriah walaupun dijalankan secara adhoc. Kesemua pertandingan dijalankan secara double.
Selain hadiah kepada pemenang. para peserta juga berpeluan menerima hamper sebagai cabutan bertuah. Keseluruhannya program ini amat berjaya dan akan diperbaiki lagi pada masa-masa akan datang.
PENUBUHAN PASUKAN SRS KRTB KTSD
KRT KTSD akan membuka lembaran baru dengan cadangan penubuhan Pasokan SRS. Pada 8 April 2021 jam 9.30 malam bermulanya perjumpaan pertama warga KTSD dengan En Mustafa b. Haron Pegawai Perpaduan Daerah Jasin di Balai Raya KTSD.
Satu pertemuan lain akan dijalankan bagi memastikan pasukan ini berjaya ditubuhkan.
RUMAH SAMPAH KTSD
Kampung Tersusun Serkam Darat atau juga dikenali sebagai Taman Koperasi merupakan sebuah kawasan perumahan yang berstatus kampung. Segala urusan adalah di bawah pengurusan Pejabat Daerah Jasin. Sehubungan itu urusan kutipan sampah domestik hanya boleh dilakukan secara berkelompok.
SUMBANGAN KIT BANTUAN KEBAJIKAN OLEH JAIM DAN KRT
Pendemik Covid19 menjurus kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diseluruh negara. Pihak Majlis Agama Islam Melaka telah bermurahh hati menghulurkan Kit Bantuan Makanan kepada 20 buah keluarga bagi setap KRT.
KRT KTSD turut terlibat mengambil sumbangan ini di Pejabat Maim pada 15 Februari 2021.
AJK KRT mengucapkan terima kasih kepada pihak MAIM atas sumbnagan ini kerana sedikit sebanyak dapat kami agih2kan kepada golonga yang memerlukan sama ada warga KTSD mahupun penduduk persekitaran.
SURAU AT TAQWA KTSD BERWAJAH BARU
Surau At Taqwa pada asalnya telah dibangunkan pada akhir tahun 1980an. Sejak awal pembinaannya surau ini telah beberapa kali mengalami perubahan. Bagai manapun memandangkan kepesatan penduduk di KTSD surau ini tidak dapat menampung bilangan jemaah yang semakin ramai. Pada musim-musim perayaan khemah atau tikar tambahan terpaksa dibentang di laman surau bagi menempatkan ahli jemaah bersolat.
Pada pertengahan tahun 2018 Surau Baru At Taqwa mula dibina dengan kos asal RM 350,000.00. Dana dikumpul daripada para penderma dalam dan luar KTSD.
Akhirnya pada hujung tahun 2019 surau baru telah siap sepenuhnya. Surau baru boleh memuatkan lebih kurang 400 orang jemaah pada satu-satu masa.
Pada masa ini kerja-kerja pembinaan menara azan sedang dalam proses pembinaan. Bagai manapun kos pembinaan meningkat sekali ganda lagi memandangkan perubahan kualiti dan kuanti bahan.
Semoga Surau AT Taqwa 2.0 dapat mengimarahkan lagi suasana Surau At Taqwa dengan pelbagai ibadah dan syiar Islam di KTSD.
No comments:
Post a Comment